Jelingan tajam along mematahkan seleraku pagi ini. Pada hal tadi aku begitu teruja dengan bau nasi lemak yang ibu masak. Lantas aku meluru keluar.
“Anna tak sarapan dulu ke?” sapa ibu apabila melihat
aku sudah di pintu depan rumah.
“tak apalah ibu…Anna dah lewat. Makan kat ofis je
nanti.” Bohongku. Aku tidak mahu pagi-pagi lagi keluargaku sudah bertelagah.
Biarlah aku mengalah. Sayunya hatiku. Selesai menyalami tangan abah dan ibu aku
terus meluru ke dalam keretaku.
kenapa along benci sangat padaku. Kalau nak hukum aku
sekalipun janganlah memberi hukuman yang berat seperti ini. Anna tak kuat
along. Anna rindukan along. Sampai hati along buang Anna jauh dari hidup along.
Air mata yang tertahan dari tadi gugur jua akhirnya.
Menangislah wahai hati. Semoga selepas ini engkau lebih
kuat menghadapi dugaan. Lantas jariku menyeka titisan air nata yang mengalir
laju di tubir mata beningku.
Perjalananku ke tempat kerjaku pagi ini terasa begitu
lama sekali. Aku sampai ke tempat kerja hampir pukul 8 pagi. Sebelum masuk ofis
aku singgah ke gerai nasi lemak mak Siti. Nasib baik tak ramai orang. Biasanya
kena berbaris dulu. Pagi ni tak ramai pula orang.
“kak Siti nasi lemak sambal kerang dua eh. Letak sambal
lebih macam biasa ok!” pesanku pada wanita yang hampir sebaya dengan ibuku.
“tak ramai hari ni kak. Kalau selalu sampai kena berbaris
panjang.” Tuturku memulakan bicara.
“tu lah. Akak pun pelik juga. Mungkin dia orang dah
bosan makan nasi lemak akak kot.” Teka kak Siti.
“ish..mana boleh bosan. Anna tak pernah bosan pun.
Sambal akak best. Sampai bila-bila pun Anna akan jadi peminat nasi lemak kak
Siti.” Tuturku bersungguh-sungguh. Kesian kak Siti. Anak-anak masih kecil.
Dialah ibu dialah ayah. Setelh kematian suaminya setahun yang lalu dia
mengambil tanggungjawab suaminya mencari nafkah demi sesuap nasi untuk
anak-anaknya. Aku bangga dengan kegigihan kak Siti.
“berapa ringgit kak?” soalku seperti tak biasa sambil
menghulurkan lima ringgit.
“Anna ni cam tak biasa pula. 4ringgit.” Jawabnya sambil
memberi kembali baki seringgit kepadaku.
“tak payahlah kak. Buat beli gula-gula budak-budak ni.”
Kepala salah seorang anaknya aku usap perlahan. Kesian.
Anak yatim. Mesti dia orang terasa kehilangan bapanya. Tiada lagi tempat
bergantung. Aku sendiri pun tidak dapat bayangkan macam mana hidup aku kalau
abah di jemput Nya suatu hari nanti. Memikirkan hal ini hatiku mudah tersentuh.
“Anna ni selalu macam ni. Kalau sepuluh orang macam
Anna lama-lama kaya lah kak Siti.” Usik kak Siti cuba berjenaka.
“Ada-adalah kak Siti ni. Anna pergi dulu kak. Dah lewat
ni nak punch card.” Balasku lalu berlalu meninggalkan kak Siti.
Tup….tup…kedengaran nada dering telefonku berbunyi
menandakan ada mesej masuk. Siapalah pagi-pagi ni dah mengahantar pesanan
ringkas padaku. Biasanya mesej dari celcom. Ada je iklannya pagi-pagi. Nanti
masuk ofislah tengok. Aku dah lewat ni. Aku bemonolod sendirian sambil
mempercepatkan langkah kakiku.
“Anna!!!!!!!!!!!!!! Anna………!!!” jerit seseorang
memanggil namaku. Macam kenal saja nama tu. Walaupun hampir seminggu aku tidak
masuk ke pejabat. Lalu aku cepat-cepat memusingkan badan mencari kelibat gadis
itu.
“Anna….rindunya Zie kat kau Anna. kenapa Zie call kau tak
jawab. Puas Zie telefon. Zie tanya kak Lin kenapa Anna tak masuk ofis than
ambil cuti sampai seminggu. Dia cakap Anna ada masalah keluarga.”ujar Zila
apabila menghampiriku lalu memelukku. Kalau orang lain tidak kenal Zila mesti
dia orang akan anggap dia perempuan ngada-ngada. Perwatakannya yang agak manja
sering kali membuat orang meluat dengannya. Pada aku dia tidak seperti itu.
“Anna minta maaf sangat-sangat. Sebagai tanda minta
maaf Anna belanja kau makan nasi lemak kak Siti. Ok?” pujukku.
“nasi lemak kak siti pun boleh lah. Aku pun tengah
lapar juga ni.”
“aku dah agak dah..kau memang kalau datang kerja tak
pernah nak breakfast dulu.” Balasku sambil menarik tangan Zila masuk ke dalam
ruangan tempat kerja kami.
“Oh ya Zie..sebelum aku terlupa. Nah ambil ni.” Ujarku
sambil menghulurkan sampul surat berwarna biru muda.
“wah wanginya. Kad kawin siapa ni? Along eh? Melepas
aku.” teka Zila sambil mengipas-ngipaskan kad yang aku beri padanya sebentar
tadi.
“tengok lah sendiri. Jangan lupa datang tau. Kau orang
penting. Tak datang siap!” ugutku lalu berlalu menuju ke mejaku.
“wei aku tak abis lagi ni!” jeritan Zila bergema satu
pejabat. Nasib baik tak ramai lagi yang berada dalam pejabat ketika ini.
“tengoklah sendiri! Aku nak bersihkan meja aku yang dah
berhabuk tu.”
Ring….ring…
Ish siapa pula yang cal pagi-pagi ni. Orang tengah
sibuk ni. Aku mengomel sendirian sambil mencapai telefon bimbitku. Nombor siapa
pula ni. Aku cukup malas nak angkat panggilan orang yang aku tak kenal. Setelah
agak lama berbunyi baru aku menjawab panggilan dari pemanggil yang tidak aku
ketahui gerangannya itu.
“helo…Assalamualaikum!”
“siapa ni?” soalku.
“ni Tasya! Tunang Riezki.” Jawab si pemanggil itu tanpa
menjawab salamku.
Ish biadap sungguh. Salam aku pun tak jawab. Orang
islam ke bukan ni. Nama Tasya. Ke pekak perempuan ni. Lantaklah. Bisik hatiku.
“ye cik Tasya ada apa boleh saya bantu?” soalku acuh
tak acuh. Aku paling pantang kalau bila di beri salam tak jawab.
“I nak jumpa you. Boleh?” soalnya kasar.
“untuk apa? Saya tak kenal pun awak. Kalau apsal awak
dan Riezki baik awak uruskan sendiri dengan dia. Saya tak nak masuk campur
dengan urusan kalian.” Jawabku tegas.
“I nak selesaikan dengan you. Petang ni boleh?” ujarnya
seperti memaksa aku menemuinya.
“cik Tasya. Seperti yang saya dah bagitahu tadi saya
tak ada apa-apa urusan dengan cik. jadi saya rasa tak perlulah kita berjumpa.
Cik selesaikan saja dengan Riezki. Faham!” suaraku semakin meninggi.
Perempuan ni memang tak faham bahasalah. Lagipun untuk
pa kami berjumpa. Aku bukan kenal diapun. Bukan kau tidak kenal dengan orang
macam ni sanggup lakukan apa saja asalkan dapat apa yang dia nak. Tanpa
menunggu jawapannya aku terus mematikan panggilan. Pagi-pagi dah mendidihkan
darah aku.
Ring………..ring…….ring…….
Sekali lagi tertera nombor yang memanggilku sekejap
tadi. Lantak kau lah. Malas aku nak layan. Lalu aku membuat mode senyap agar
tak mengganggu pekerja lain.
Tup…….tup……..
Mungkin dah penat menghubungiku si pemanggil itu
menghantar mesej.
“TAK APA. AKU MINTA KAU JUMPA SECARA BAIK KAU BUAT AKU
MACAM NI. KAU JANGAN MENYESAL!! AKU AKAN PASTIKAN SATU HARI NANTI RIEZKI AKAN
JADI MILIK AKU!!!!”
Nak tergelak pun ada juga selepas menbaca pesanan yang
di hantar si Tasya sebentar tadi. Kalau nak Riezki ambil je lah. Sekarang pun
boleh ambil tak payah nak tunggu hingga dia jadi milik aku. Aku pun dah penat
dan tak tahan nak mengadap lelaki tu.
“Hoi Anna.. jauh kau termenung! Dah sampai london ke?”
jerit Zila di belakangku. Apalagi menggelabahlah aku.
“ kau ni lagi sorang nak menambahkan kemarahan aku
pagi-pagi ni.” Marahku.
“alah gurau pun marah. Siapa yang kau marahkan tadi.
Satu pejabat dengar suara kau jerit.” Tipu Zila bersungguh-sungguh.
“jangan nak tipu aku lah. Takkan sampai satu pejabat
dengan suara aku.”
“tak percaya sudah.” Rajuknya di buat-buat.
‘eleh…nak merajuk lah tu. Ha apa hal kau datang sini?”
soalku perlahan.
“tak ada pa-apalah…sampai hati kau. Tak cakap pun kat
aku kau nak nikah. Ingatkan along kau tadi. Aku ni bukan kawan baik kau eh?”
perlahan suara Zila meminta kepastian. Ada nada merajuk dalam tutur katanya.
“alah…aku pun tak sangka akan nikah secepat ini. Belah
pihak laki yang minta. So abah aku terima je lah. Benda baik tak elok
lengah-lengahkan. Betul tak.”
Maaf Zila. Aku terpaksa membohongi engkau. Aku tak
sanggup lagi mendengar cacian dari orang yang aku sayang. Cukuplah aku
kehilangan kepecayaan along. Aku tak mampu kehilangan kepercayaan engkau juga.
“ok…insyaallah awal-awal lagi aku akan menapak kat
rumah kau. Sebelum subuh lagi. Ingat tu aku nak guddies yang paling special.”
Tiada lagi rajuk. Aku senang begitu. Kami kemudian berpelukkan.
“woi! Ni dalam
ofis tak payah nak berdrama sangat.” jerit Hisyam yang berdiri tak jauh
dari tempat kami berdiri. Serentak dengan itu kami tergelak memikirkan apa yang
kami lakukan sebentar tadi. Memang kuat drama.