Selasa, 4 Jun 2013

Novel: Izinkan Ku Ubati Rawan Dihatimu Bab 11



“sabarlah sayang. Anggaplah jodoh Tasya dan Riezki dah tak ada. Ok sayang?” pujuk Puan Sri Zarina pada anak kesayangannya. Walaupun dia tahu yang anak kesayangannya itu benar-benar menyayangi Riezki. Sejak kecil lagi anaknya itu bercita-cita mahu menjadi isteri Riezki. Dan kerana kesilapan yang anaknya lakukan dia terpaksa akur. Dia malu pada kakaknya. Dan kerana inilah dia mengalah walaupun dia tahu Tasya takkan mudah mengalah kalau dia berkehendakkan sesuatu.

“erm…tak ada-ada apalah mummy…” jawab Tasya perlahan. Dia cuba menidakkan kekecewaan dihatinya. Ya…luka yang teramat dalam walaupun dia yang bersalah. Dalam fikirannya kini hanya ada Riezki.

“Sya cakap tak apa-apa mummy tengok muka Sya pucat je. Janganlah fikirkan sangat. Benda dah berlaku. Mummy tak nak kalau terjadi apa-apa pada Sya. Cukuplah mummy telah kehilangan abang Sya. Jom makan sayang…”pujuk Puan Sri Zarina lagi.

“Sya dah makan tadi…” balas Tasya lagi sebelum berlalu meninggalkan mummy nya yang sedang duduk di meja makan. Daddy nya hanya menggelengkan kepala dengan sikap anak tunggalnya itu.

“ awak tak pergi ke rumah kakak awak tu..?” soal Tan Sri Rizal setelah anaknya berlalu meninggalkan mereka berdua.

“seganlah saya bang…malu betul saya pada kak long. Saya dah cakap kat dia kita tak ada di rumah sekarang. Tak dapatlah nak ke rumah dia. Saya harap dia faham.” Jawab Puan Sri Zarina lemah.

Suasana di ruang makan ketika itu begitu suram sekali. Tiada lagi kedengaran gelak ketawa tiga berana itu. Sejak peristiwa Tasya tertangkap di hotel dengan lelaki lain oleh Riezki kebahagiaan keluarga Tan Sri Rizal bagai direntap kasar. Tasya dahulu seorang gadis yang manja dan periang. Kini tiada lagi. Tasya seperti orang asing. Malah dia sudah pandai mabuk. Setiap malam pasti berpeleseran di disko. Balik ke rumah mabuk-mabuk. Kadang-kadang berhari-hari tidak balik ke rumah. Bila ditanya ada saja jawapannya.

Tok…! Tok..! Tok…! Bunyi pintu bilikknya di ketuk dari luar.

“Sya…Sya…” laung Puan Sri Zarina dari luar.

“buka lah pintu ni sayang…”

“Sya penatlah mummy Sya nak tidur!” jerit Tasya dari dalam. Dia malas nak mendengar pujukkan mummy nya. Hatinya sakit. Lantas dia mengambil botol ubat yang berisi pil tidur dan menelannya beberapa biji. Inilah temannya kini. Setelah beberapa ketika dia terlena di atas tilam empuknya.


****
Masa aku tiba di rumah Riezki jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Suasana di rumah besar itu begitu sunyi sekali. Aku tercari-cari  ke mana kelibat penghuninya. Namun hampa. kata buat makan. Tapi tak ada orangpun. Senyap sepi je. Kami lewat ke?Pelik ni. bisik suara hatiku.

“masuklah sayang.” Pelawanya agar aku masuk ke dalam rumahnya.

“Dia orang tengah tunggu kita kat ruangan makan. Jom…” sambil menarik tanganku menuju ke ruangan makan.

Ish macam tahu je apa yang aku sedang fikir. Aku hanya menuruti langkahnya walaupun hatiku seperti cerek berasap. Aku bagai tiba-tiba tersedar menyentap tangannya yang sedang memimpin tanganku. Dia hanya tersenyum dengan gelagatku. Nasib baik tiada orang yang nampak.

“Mummy….papa..and you all this is my future wife!”

Seraya dengan itu semua yang berada di meja makan ketika itu memandang kea rah kami. Malunya aku. memang cari apsal betullah mamat ni. Siap kau!

“hai…Nur Hanna. Dah kenalkan?” soal kak Putri semasa aku menghampirinya.

“dah!” jawabku pendek.

“sayang jemputlah duduk.” Ujar Riezki sambil menarik salah satu kerusi yang kosong untukku. Dan dia duduk di sebelahku.

“mengada-ngada!” salah seorang gadis muda bersuara sambil menjeling kasar padaku.

“Riesya! Watch your mouth! Jangan nak cari pasal.” Riezki bersuara kasar menegur gadis itu.

“jangan ambil hati dengan kata-kata adik Riez ok sayang. Anak manja.” Bisik Riezki menujukku. Aku hanya dia tanpa suara. Aku sudah boleh mengagak semua ini akan berlaku. So aku tak hairan sekiranya ada ahli keluarganya tidak menyukai aku.

“Riez…Riesya..jangan nak bergaduh. Tak Nampak ke kita ada tetamu. Jangan nak buat kecoh!” papanya bersuara apabila dua beradik itu seperti hendak berkelahi.

“jemput makan semua…Anna jemput makan jangan segan-segan!” ujar papanya mesra. Aku dapat melihat lirikan tajam Datin Zuraidah dari hujung matanya.

“Sikitnya makan Zu…” tegur seorang wanita membahasakan dirinya auntie Sue. Namun aku dapat mengagak dia ibu kak Putri.

“dah kenyang kak!”

“tambah lagi Anna...” pelawa papa Riezki sambil menyuakan bekas yang berisi nasi tambah kepada Riezki.

“tambah lagi sayang?” soal Riezki sambil menyua senduk yang berisi nasi ke pinggan ku.

“tak apalah. Anna dah kenyang dah ni.” Kelentong ku padanya. Pada hal perutku memang lapar sangat-sangat. Tapi melihatkan layanan yang di berikan oleh mummy dan adiknya perutku tiba-tiba terasa kenyang.

Aku melirik jam dipergelangan tangaku. “wah..dah hampir pukul 10.20 malam. Esok dah la kena kerja ni.” Bisikku sendirian.

“eh..sayang Riez buat apa kat sini sorang-sorang?” soal Riezki tiba-tiba. Entah sejak bila dia sudah berdiri di sisiku aku sendiri tidak sedar.

“Boleh hantar saya balik sekarang tak? Esok saya kerja.”

“Awal lagi ni sayang. Dia orang pun tak balik lagi!”

“please!” aku bersuara tegas sambil mengatur langkah menghampiri ahli keluarganya yang sedang rancak berborok di ruang tamu.

“oklah….”  Jawabnya penuh kecewa.

“Uncle.. Anna nak minta diri dulu.” Sopan aku mengatur tutur bicaraku.

“owh…dah nak balik dah. Ok lah nanti kalau ada kelapangan datanglah lagi.” Balas papanya bersahaja.

“insyaallah…”


Selesai bersalaman dengan ahli keluarganya aku cepat-cepat mengatur langkah keluar dari rumah besar itu. Bukan aku tak perasan mummy dan adiknya asyik menjeling tajam saja padaku tadi. Melihatkan cara mereka memandang aku dapat mengagak yang mereka tidak menyukaiku. Hanya papa dan Riezki melayan aku denagan baik. Tapi sedikitpun tidak mengurangkan rasa benci aku padanya. Tahulah nasib kau nanti Riezki. Dah tak lama dah. Lantas aku menjeling tajam pada Riezki yang sedang memandu ketika ini. 

1 ulasan: