Jumaat, 31 Mei 2013

Novel: Izinkan Ku Ubati Rawan Dihatimu Bab 10

Bab 10

Nasib baik masa aku balik tadi ibu dan abah tiada. Kalau tak mesti panas telinga dek menahan bebelan ibu dan ayah. Mana tak di bebelnya apabila pergi di jemput. Balik terkontang kanting sendiri. Lantas aku berlari-lari anak menaiki tangga menuju ke bilik tidurku. Semasa mahu membuka pintu bilikku aku terserempak dengan along. Tidak seperti sebelumnya along pasti menegurku. Tidak lagi selepas kejadian tempoh hari. Along semakin menjauhiku. Aku seperti tidak wujud lagi di rumah ini. Hati ku sakit mengenangkan semua itu. Aku betul-betul terkesan dengan layanan along terhadapku. Ya Allah sungguh aku rindukan alongku yang dulu. Sentiasa ada disampingku mendengar ceritaku dan masalahku. Tapi kini….hanya kebenciannya aku rasakan terhadap diriku.

Lamunan ku sebentar tadi dikejutkan dengan deringan telefon bimbitku. Cepat-cepat aku memasukkan tangan ke dalam handbag aku. Tanganku pantas memainkan peranannya mencari telefon bimbitku dan menariknya keluar. Tertera nama seseorang orang aku benci pada skrin telefonku. Terasa malas untuk menjawab panggilannya. Sikapnya yang tidak berputus asa menghubungi ku membuat aku mengalah lalu menjawab panggilannya.

“Helo sayang! Anna kat mana? Puas Riez cari Anna. Call pun tak angkat.”soalnya bersungguh-sungguh.

“Erm…ada jea. Dah sampai rumah pun!” jawabku acuh tak acuh.

“Kenapa tak tunggu Riez. satu mall Riez pusing cari Anna. Sampai hati Anna buat Riez macamni. Kalaupun nak balik call lah Riez. Riez boleh hantarkan.” Ujarnya. Ada nada kecewa pada kata-katanya.

“Ok! Well dah tahukan Anna dah sampai rumah. So Anna letak eh.assalamualaikum….!!!” jawabku. Tanpa menunggu lebih lama aku menekan butang merah pada telefonku. Puas hati aku.

Cuaca petang ini agak redup. Mungkin malam ni hujan ramalku dalam hati. Akibat terlalu penat aku merebahkan badanku ke tilam. Tidak semena fikiranku terbayangkan kenangan indah bersama abang kesayangku..ya along. Mungkin sebab jarak umur kami tidak jauh menjadikan kami rapat. Pernah sekali adik bongsu aku merungut melihat keakraban kami sehingga sering kali menyisihkan dia. Bunyi petir yang sedang sabung menyabung dekat luar rumah mengejutkan aku. lantas aku bangun dan berdiri di tepi tingkap bilikku. Deraian hujan mulai menitis menyembah bumi. Anak-anak jiranku yang masih kecil berkejaran di dalam hujan. Penuh gelak ketawa. Tiba-tiba gelak ketawa mereka hilang apabila ibu mereka keluar dan menyuruh mereka masuk ke dalam rumah.

Dum..!!!!dum…!!! mak!!!!!!! Jeritku kuat lalu berlari menuju ke katil dan menukup muka ke bantal. Fuh…kurus semangat aku. agak lama aku menekup muka ku ke bantal. Perlahan-lahan aku bangun dan bersandar pada dinding di tepi katil bujangku. Aku melirik ke arah tingkap. Hujan masih lagi lebat. Tiada tanda-tanda mahu berhenti.

Manalah abah dan ibu pergi ya. Dah nak malam ni. Rungutku sendirian. tanganku ligat mencari nombor telefon abah di dalam telefonku dan menekan butang panggil. Agak lama menunggu suara abah kedengaran dicorong telefonku.

“helo…assalamualaikum abah. Abah dan ibu kat mana?” soalku sedikit cemas.

“Abah dan ibu dekat Rawang ni. Rumah pak long. Tadi mak su telefon abah cakap pak long sakit. Abah lupa pula nak bagi tahu Anna.” Jawab abah.

“teruk ke abah?”

“teruk tak teruk…ala sakit orang tua Na..abah dan ibu tak balik malam ni.”

“Jadi abah dan ibu tak dapat nak pergi rumah Riezki ya?” soalku lirih.

“a’a…Anna kirim salam kat mak ayah dia ya. Cakap abah dan ibu ada kecemasan.” Tambah abah lagi

“erm..baiklah bah…kirim salam pada semua yang ada kat sana eh! Assalamualaikum….” Tut…tut…talian telah diputuskan.

Semangatku terasa di bawa terbang tatkala terfikir terpaksa bersendirian berdepan dengan ahli keluarga Riezki. Macam manalah penerimaan mereka nanti. Siang tadi aku sudah berhadapan dengan Datin Zuriadah. Cara dia melayan aku seperti tidak mengalu-alukan kehadiranku dalam keluarganya. Memang aku tak pernah cintakan Riezki dan perkahwinan kami nantipun kerana terpaksa tapi bila memikirkan aku terpaksa berhadapan dengan orang yang tidak menyukai aku. Perasaan tidak enak muncul. Entah macam manalah hidup aku selepas ini. Semoga aku kuat hadapi semua itu nanti. Yang pasti aku akan gunakan situasi ini untuk memusnahkan Riezki.

****

“Helo…assalamualaikum sayang. Riez dah ada kat bawah ni. Sayang dah siap belum?” soal Riezki sambil membetulkan kedudukkannya di dalam kereta. Matanya melirik pada cermin depan melihat penampilannya malam ini. Agak yakin dengan penampilannya dia tersenyum sendirian. kemeja biru gelap bertangan panjang serta berseluar jeans. Penampilannya nampak santai walaupun berpakaian kasual. Melihat buah hatinya keluar dari pintu pagar dia cepat-cepat keluar dari perut kereta porsche cayenne hitam miliknya.

Alangkah terpengunnya Riezki tatkala melihat Nur Hanna. Walaupun hanya berkebaya labuh dan bertudung serta mengenakan solekkan yang nipis namun ia cukup menyerlah keayuan gadis itu. Penanpilan Nur Hanna malam ini cukup memukau.

“hem…shall we?” ujarku apabil melihat Riezki seperti patung cendana tidak bergrak.

“oh…yes…yes. I’m sorry!” bagai terkena renjatan elektrik dia berlari anak membuka pintu kereta untukku.
Malam ini cukup dingin sekali mungkin sebab hujan petang tadi. Di tambah pula dengan penghawa dingin yang di pasang menambahkan lagi kedinginan. Aku memeluk tubuhku yang tersarung kebaya labuh. Macam manalah penampilanku nanti dihadapan mereka. Ah.. biarlah mereka nak kata apa. Yang penting aku bahagia dan puas hati dengan penampilanku selama ini. Tak payah nak peduli sangat cakap orang. Yang merananya kita kalau terlalu nak mengikut cakap orang. Bisik hatiku.

“cantik sayang Riez malam ni…”pujinya sambil melirik sekilas kepadaku. Ada segaris senyuman di bibir merahnya yang sukar untuk aku tafsifkan. Malas aku nak layan.

Menyampahnya aku tengok mamat kat tepi aku ni. Dia ingat aku ni makan dengan pujian ke. Sorilah..pujian tu tak sedikit pun dapat melembutkan hati aku. aku takkan lupa segala perbuatan kau pada aku.bisik hatiku sambil menghadiahkan jelingan tajam padanya.  Aku hanya mendiankan diri sepanjang perjalanan ke rumahnya. Walaupun dia cuba menarik perhatianku dengan cuba berbual-bual denganku namun aku lebih memilih mendiamkan diri. Aku harus bersabar menahan amarah di hatiku. Sabar Nur Hanna….pujuk hatiku.


2 ulasan: