Seperti yang dijanjikan dua hari lepas pagi ini Riezki
datang untuk menjemputku untuk
fitting baju nikah .kami yang tinggal kurang dari sebulan. Mesranya aku lihat
abah dan ibu melayan Riezki di ruang tamu seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Lupakah mereka?
“Riez dah sarapan belum?” soal
abah.
“Erm… sudah pak cik sebelum
datang ke sini tadi. Anna kita boleh gerak sekarangke? Takut lewat pulak sampai
sana. Riez janji dengan dia orang pukul 12.30 tengah hari. So Anna…may we go now?” soal Riezki
apabila melihat aku telah sedia berdiri di sisi ibuku.
Aku hanya mengangguk lemah.
Malas aku nak bersuara. Aku meminta izin ibu dan abah sebelum keluar. Riezki
membuka pintu keretanya. Kami meninggalkan perkarangan rumahku.
“Anna please pandang Riez….”
sayu suaranya merayuku. Dan aku masih lagi dengan egoku. Biar kau tahu
selembut-lembut aku kalau orang dah usik hati ini akan jadi sekeras batu.
Jangan pernah menduga Nur Hanna. Jangan fikir dengan melakukan semua ini aku
akan maafkan segala perbuatan kau pada aku. bisik kecilku hatiku. Dan akhirnya
dia mengalah. Yes kemenangan di pihak aku. Sepanjang perjalanan itu kami
melayan perasaan masing-masing hanya suara juruhebah radio berceloteh melayan
pendengarnya.
Kami tiba hampir pukul 12.20
tengah hari sepuluh minit lebih awal di butik pengantin Qaseh Succi. Kedatangan
kami disambut oleh kak Putri pemilik butik pengantin Qaseh Succi. Semua rekaan
baju di situ mengikut peredaran masa terkini. Memang cantik-cantik. Dari segi
susun atur butikny aku percaya kak Putri bukan calang-calang orang.Kami
mengambil tempat duduk yang di sediakan.
“Ni ke bakal Isteri Riez?”
soal Kak Putri.
“Yup…beautiful kan kak?” soal
Riezki selamba. Aku hanya memerhatikan kemesraan antara mereka.
“Really beautiful..and more
beautiful than…..” seraya itu perempuan yang kami panggil kak Putri itu
membisikkan sesuatu ke telinga Riezki dan senyuman di bibir Riezki semakin
lebar. Matanya melirik kepadaku seperti dapat membaca fikiranku ketika itu.
“oh dear!please excuse me..Anna….Riez…akak
ambil dress korang kejap eh.” Ujarnya sebelum berlalu dan hilang.
“Lupa pula..sayang kak Putri
ni actually my cousin. Sayang jangan jeles tau.” Bisik Riezki di telingaku
apabila kak Putri meminta diri sekejap untuk mengambil baju pengantinku. Wajahku
terasa berbahang apabila terasa bisikan Riezki sebentar tadi betul-betul hampir
dan bibirnya seperti bersentuhan dengan cuping telingaku sehingga aku dapat
merasakan hembusan nafasnya nasib baik aku memakai tudung. Kalau tak..ishk ada
orang makan tapak tanganlah jawabnya.
Selang beberapa minit kak
Putri datang membawa beberapa pasang persalinan pengantin dan menyerahkan
kepada kami. “So..sayang pergilah try. Riez dah tak sabar nak tengok bakal
isteri Riez ni.” Kata Riezli sambil mengambil busana pengantin yang kak Putri
hulurkan kepadaku. Dengan perasaan yang berbaur aku mengambil pakaian tersebut.
Kalau hanya tinggal kami berdua memang dah lama aku tenyeh mulut mamat ni.
Gumam aku dalam hati.
Hampir sejam mendengar
penjelasan kak Putri tentang tema
perkahwinan kami, mummy Riezki sampai. Ini kali pertama aku bertemu bakal
mertuaku. Petutlah anak dia kacak maknya cantik. Walaupun sudah agak berusia
tapi bentuk badan masih cantik persis anak dara. Pujiku dalam diam.
“Dah cuba baju ke belum?” soal
Datin Zuraidah kepada kami sambil membelek-belek baju pengantin yang tersusun
di depannya ketika itu.
“dah mummy…Riez dah suruh
Hanna cuba baju yang mummy pilih semalam. Just nice her body..dah tak payah
alter kata kak Putri. Mummy nak lunch sekali dengan Riez ke kejap lagi?
“Tak kot…mummy dah janji nak
jumpa dengan Datin Sofea nak bincang something urgent.” Balas bakal ibu
mertuaku. Aku yang sedari tadi hanya mendiamkan diri hanya memerhatikan
perbualan dua beranak itu. Dari tindak tanduk Datin Zuraidah aku tahu dia tidak
menyukai aku menjadi menantunya. Aku dapat mengesan kedinginannya memandangku.
Bukan itu saja dari dia sampai sampai sekarang mana ada dia tegur aku. Huluran
tangan aku tadi pun nak tak nak saja di sambutnya. Ini semua berpunca dari
Riezki. Kalau dia tak datang ke bilikku malam tu semua ni takkan berlaku. Nasib
kaulah badan. Keluh hati kecilku.
“ Oh ya Putri jangan lupa
datang rumah auntie malam ni ajak mummy dan papa sekali. Auntie buat makan
sikit.” Pesan Datin Zuraidah pada anak saudaranya.
“Insayaallah auntie. Pukul
berapa majlis auntie?” soal kak Putri sambil menyusun kembali album gambar
pelangggannya yang ditunjukkan kepada kami sebentar tadi.
“Majlis start lepas
isyak...datang tau.”
“O..ok!”
“Riez…dah ajak ke Anna?”
soalnya berbasi. Mungkin mahu menjaga hati anaknya dugaku. Aku memandang
sekilas wajah Datin Zuraidah dan pandangan kami bertemu. Ada jelingan yang
sukar aku mengerti.
“Belum lagi…tapi parents dia
Riez dah infornkan dah tadi. Anna ni lambat sikit pun boleh. Kan sayang?” soal
Riezki padaku sambil memaut bahuku ke pangkuannya. Aku dapat mneghidu haruman
dari perfume yang dia pakai. Tatkala badanku begitu hampir dengannya aku dapat
merasa gelaran yang tidak pernah aku rasa dengan mana-mana lelaki sebelum ini
termasuklah Iskandar bekas tunangku. Aku hanya mengangguk perlahan menjawab
soalan Riezki sebentar tadi.Tidak lama kemudian Datin Zuraidah meminta diri
selepas menerima panggilan telefon dari seseorang. Pertemuan antara aku dan
Datin Zuraidah agak bersahaja walaupun dari lirikan matanya dia tidak memyukai
aku.
“Kalau dah tak ada apa-apa
hal. Kita orang minta diri jugalah. Dah lapar sangat dah ni. Jumpa malam ni k.”
pesan Riezki sebelum kami mengatur langkah keluar dari butik pengantin kakak
sepupunya tengah hari itu.
****
Sepasang mata yang tajam sedang memerhati pasangan yang
berada agak jauh dari mejanya. Kemesraan yang ditunjukkan oleh jejaka itu
kepada pasangannya membuatkan perasaan cemburu dan marahnya membuak-buak.
Majalah yang berada di tangannya di hempas ke meja. Hati Tasya semakin sakit
apabila lelaki itu memegang tangan perempuan yang berada bersamnya. Lelaki itu
tidak pernah melayannya sebaik itu dahulu. setiap kali dia mengajaknya pelbagai
alasan yang diberikan. Sehinggalah dia mengenali Haikal.
Lelaki itu cukup pandai mengambil hatinya. Hingga dia
jatuh kepangkuan Haikal. Seorang kasanova. Setiap hari masanya di habiskan
bersama lelaki itu. Setiap kali Riezki menolaknya setiap kali itulah Haikal ada
merawat sakit hatinya. Hatinya semakin terluka apabila Riezki memintanya
memutuskan pertunangan mereka dengan alasan dia menyintai gadis lain.
Hubungan`ini tidak membawa apa-apa makna dalam hidupnya.Pada Haikal lah dia
meluahkan segalanya.
“Don’t worry sayang. I ada. I akan temankan you.” Pujuk
haikal suatu petang sewaktu mereka keluar bersama.
“I’m really love him. I though he also love me. Tapi
rupanya Ibertepuk sebelah tangan. Dia cintakan gadis lain. Dia nak putuskan
pertunangan kami.” Luah Tasya bersungguh-sungguh.
“kalau dia dah tak cintakan you. I kan ada. I pun
cintakan you. Dia yang bodoh tidak reti menilai permata.” Kata-kata Haikal
mencairkan hatinya sebagai wanita.
“ you nak ikut I pergi release tension tak? Im promise you
akan enjoy dan takkan lupa that moment sampai bila-bila.” Pancing Haikal lagi.
Dia tahu dia kan berjaya dalam pertaruhannya kali ini.
Pelawaan Haikal diterimanya dengan senang hati. Port
Dickson menjadi saksi bisu kecurangannya terhadap Riezki. Desakan hawa nafsu
membuatkan Tasya semakin tenggelam di dalam dunianya sendiri. Sehinggalah suatu
hari dia tidak pernah menyangka akan terperangkap dengan permainannya sendiri.
Ini memberi peluang kepada Riezki untuk beralih kepada perempuan lain.Harapan
yang dibina di dalam hatinya hancur. Air matanya mengalir lagi untuk sekian
kali.
“Sya akan pastikan Riez jadi milik Sya. Satu hari Sya
akan kembali menuntut hak Sya!” bentak hati gadis itu.
****
“ kau ingat dengan layanan baik kau ni aku
senang-senang akan maafkan perbuatan kau terhadap aku tempoh hari?” Soalku kasar.
Sejak dari tadi lagi aku cuba mengawal kemarahannku terhadap jejaka yang berada
di depanku ini. . Merah padam muka
Riezki menahan malu apabila di aku sekejap tadi. Matanya meliar memandang ke
kiri dan kanan. Nasib baik pelanggan tak ramai. Ini kali pertama dia di malukan
depan orang. Hanya gadis ini yang berani melakukan semua ini.Gadis-gadis yang
pernah keluar dengannya semua kontrol ayu.
“Sayang…please tak nak marah-marah…” jejaka yang berada
di depanku ini cuba memujuk.
“Helo…I’m not your ‘sayang “ ok! Please stop calling me
that word. Menyampah! Aku makin bencilah dengan kau kalau kau panggil aku macam
tu!” balasku
“kau ingat aku bersetuju nak nikah dengan kau ni sebab
aku suka dekat kau eh? Stop dreaming lah mr! Aku lakukan ni pun sebab terpaksa.
Kau yang memulakan semua ini. Kau jangan mimpi akan dapat cinta aku. aku
bencikan kau sampai bila-bila!!!!” bentakku keras lalu bangun meninggalkannya
di situ.
good..
BalasPadamtapi ade sikit edit ayat yg salah..contoh, tunhukkan sepatutnye tunjukkan..
walau apapun saya sentiasa ikuti next n3..^_^
heppy sangat-2 sebab dah jumpa blog kak nak lagi boleh.
BalasPadamtq Nur Iman Arman & Baby Mio 4 ur support.next n3 akan menyusul.
BalasPadamsama2
Padam