Isnin, 20 Mei 2013

Novel: Izinkan Ku Ubati Rawan Dihatimu Bab 8


Aku hanya tunduk diam membisu sambil mengesat air mataku. Tak sanggup memandang wajah abah ketika ini. Aku tahu abah kecewa dan malu dengan apa yang berlaku itu sebabnya dia menerima cadangan Riezki untuk berkahwin denganku.
 Ibu hanya diam membisu. Adik beradik ku yang lain seakan menjauhiku. Tiada siapa boleh aku curahkan kekecewaanku. Aku ingin menolak cadangan Riezki tetapi bila aku teringat kata-kata along pagi tadi mulutku seakan terkunci.

“kalau dah gatal sangat nak nikah cakap. Ni sanggup tipu ibu dan abah. Apa nak jadi dengan kau ni Anna. Along malu nak mengaku ada adik macam kau. Along tahulah kau kecewa tunang kau tinggalkan kau dulu. Tapi takkan nak protes sampai macam ni sekali. Lebih baik kau nikah je dengan laki tu pastu tak payah balik dah ke sini. Buat malu orang tua.” Ujar along menahan kemarahannya terhadapku.

Aku cuba mencari kekuatan di wajah abah dan ibu. Ternyata sia-sia. Mereka hanya tertunduk lesu. Seakan tidak percaya dengan apa yang terjadi padaku ketika ini. Aku bagai terbuang sepi sendirian. Abah dan ibu hanya diam membisu. Bahkan langsung tidak memandangku. Seakan jijik dengan aku.
 “Abah…Anna tak salah bah..”  ujarku sayu sambil memandang abah meminta sedikit pengertian dari abah. Tapi abah hanya diam. Aku tewas dalam kebisuan abah. Kalau dulu akulah anak kesayangan abah. Sekarang aku bukan siapa-siapa pada abah lagi. Lantas aku menyusun langkah menuju ke bilikku.

Tak pernah aku sangka dan duga semua ini akan berlaku pada diriku. Ya Allah aku redha andainya ini ujianmu buat diriku untuk menguji keimananku. Aku akan tabah menghadapinya kerana aku tahu satu hari nanti kebenaran pasti akan terbongkar. Mendung takkan selamanya bahagia pasti akan muncul. Bisik hati kecilku cuba memujuk gundah dihati ketika ini.


****

“Riez nak mummy pergi pinang Anna. Riez akan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku!” ujar Riezki pada Datin Zuraidah ketika mereka sedang berehat di taman mini miliknya petang itu.
 “Tasha macam mana?” soalnya tegas.
“Malu mummy Riez! mana mummy dan papa nak letak muka ni!” Sambung Datin Zuraidah lagi.

“Riez tak nak tahu pasal Tasha lagi mummy. And  for your information Riez Nampak Tasha dengan seorang lelaki bukan main lagi berkepit than Riez ikut mereka. Riez Nampak dengan mata Riez sendiri masuk bilik hotel yang sama sebelum semua ni berlaku. Hampir setengah jam Riez tunggu kat luar. Tapi Tasha tak keluarpun dari bilik tu.. than Riez ketuk bilik dia orang than Riez tak sangka mummy……” Dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu ibunya tentang apa yang di saksikannya sendiri semalam.

” Riez jangan nak reka cerita boleh tak. Lagipun sekarang kita tengah bincang pasal Riez. Mummy tak percaya Tasya sanggup buat macam tu! Mummy kenal Tasya dari kecil lagi. Baik dan sopan budaknya!” tegas ibunya mempertahankan Tasha. Baginya Tasha cukup sempurna untuk anak teruna tunggalnya itu.

Memang dia sudah lama syak yang Tasha ada lelaki lain tapi tiada bukti. Dan semalam semua itu terbongkar. Dia dapat menangkap Tasha dengan lelaki lain dalam keadaan yang mengaibkan lagi. Mummynya pasti pengsan bila melihat bukti yang ada di tangannya. Sedangkan selama ini mummynya sentiasa memuji-muji bakal menantu kesayangannya itu. Yang paling dia geram mummynya tidak percayakan apa yang dia bagitahu sebentar tadi padahal dia anak kandung mummynya.
 “Kalau mummy tak percaya tengok ni!” balas Riezki sambil menghulurkan gambar-gambar yang ada di dalam telefon bimbitnya. Bukti Tasha dengan seorang lelaki sedang tidur ats satu katil. Gambar terbabit sempat dia ambil selepas membelasah lelaki itu sampai pengsan.

“Riez  jangan nak tipu mummy dengan bukti yang sengaja Riez adakan ni eh!” bentak mummynya keras sambil menghulurkan kembali telefon bimbit Riezki.

“Terpulang kat mummy nak percaya anak kandung sendiri or orang lain.” Jawab Riezki sebelum meninggalkan mummynya sendirian.


****

Aku kini tiada pilihan. Petang tadi Abah memberitahu keluarga Riezki datang. Dan mereka telah bersetuju untuk menyatukan kami berdua. Majlis akan berlangsung sebulan dari sekarang. Kenyataan abah benar-benar menjerut leherku. Sebulan dari sekarang aku akan menjadi milik sah lelaki yang telah memusnahkan hidup aku. Inilah kenyataan yang amat pahit perlu aku telan. Ini bermakna aku perlu berhadapan dengannya setiap hari. Aku tidak mampu membayangkan semua itu. Mendengar namanya sekarangpun aku rasa seperti nak meroyan. Ini kan pula nak mengadap dia hari-hari mau tak gila aku nanti.
 Pihak Riezki akan menguruskan semua majlis perkahwinan kami nanti. Aku hanya perlu membawa badan sahaja. Dan hujung minggu nanti aku perlu mengikuti Riezki ke butik pengantin untuk fitting baju nikah kami nanti.
 Aku bersumpah aku akan buat kau tersungkur di depan aku Riezki. Jangan panggil aku Nur Hanna binti Aminuddin kalau aku tidak Berjaya musnahkan hidup kau sebagaimana yang engkau lakukan pada aku saat ini.

2 ulasan:

  1. pendeknye n3..
    walau apapun good job..
    sabar menanti next n3..

    BalasPadam
  2. Tq 4 ur support nur iman arman..insyallah next n3 akan menyusul..

    BalasPadam