Selasa, 12 November 2013

Novel : Izinkan Kuubati Rawan Dihatimu Bab 19


Bab 19



Kring……kring…….kring….deringan jam loceng mengejutkan aku dari lena ku yang panjang. Lantas dengan kudrat yang masih tersisa aku menggerakkan tanganku mencari jam di atas meja di tepi katilku dan mematikan bunyi bising tadi. Sudah tiga hari aku demam tapi belum Nampak tanda-tanda mahu surut demam ni. Kepalaku terasa semakin memberat. Walaupun begitu selera makanku bukan main lagi.

Apa yang tak kena dengan aku ni. Mengandung ke? Ish tak mungkin lah. Mana nak ada isi kalau aku dengan Riezki tak pernah bersama walaupun kami suami isteri.

“sayang bangun…” kejut Riezki perlahan.

“dah subuh eh?” soalku lemah.

“ya…sayang nak mandi ke?” soalnya sambil menarik tuala ku yang tersidai diampaian di tepi almari.

“mandi kot biar segar sikit rasa badan ni.” Balasku lemah.

“Anna nak abang mandikan?” soal Riezki sambil tersenyum sumbing.

“no thanks. Saya masih mampu lagi nak mandi sendiri. Tak perlu susahkan diri awak tuk saya.”

“tak susahpun.” Balasnya sambil menolong aku berdiri.

Dua puluh minit kemudian baru aku keluar dari bilik air. Terasa segar sedikit bila air dingin membasahi tubuhku subuh ni. Syukur Alhamdulillah aku masih diberi peluar untuk terus bernafas dibumi mu ini ya Allah. Semoga aku cepat sembuh dari demam ni.

“lama sayang mandi. Abang ingat kalu sayang tak keluar juga tadi abang nak rempuh masuk je.”

“awak buang tabiat ke?. Soalku tidak puas hati dengan apa yang aku baru dengar tadi. Tak dapat aku nak bayangkan kalau dia merempuh masuk balik air dan Nampak apa yang tidak septutnya dia lihat. Tidak!!! Jeritku perlahan.

“apa yang tidaknya?” soalnya kembali padaku.

Tersentak dengan soalanya aku berlalu meninggalkannya dengan tanda tanya. Malas nak layan. Makin dilayan kang makin sakit kepala aku nanti.


*****

“Macam mana keadaan isteri saya doctor?” soal Riezki sedikt cemas.

“oh..dia tak ada apa-apa. Encik tak perlu risau. Dia perlu banyak berehat sahaja. Badannya lemah sedikit. Suhu badannya agak panas. Tapi tak perlu risau. Nanti ambil ubat dekat depan ok.” Ujar doktor yang separuh abad itu. Sambil mencatatkan sesuatu di atas kertas yang ada di atas mejanya.

“tapi yang dia muntah-muntah tu doktor? Soal Riezki lagi tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan docktor sebentar tadi.

“owh…isteri encik ada gastrik. Di sebabkan dia tidak makan apa-apa sejak semalam tu yang menyebabkan dia muntah-muntah.” Jelas  doktor itu lagi sambil tersenyum melihat gelagat Riezki yang sangat bimbangkan keadaan aku ketika ini.

Dalam perjalanan pulang ke rumah Riezki hanya diam membisu. Pelik. Biasanya ada saja soalan dan ceritanya. Kami hanya melayani lagu-lagu yang dimainkkan di corong radio di dalam keretanya sepanjang perjalanan itu. Perasaan asing sekali. Mungkin dia mahu member aku peluang untuk berehat.

“sayang…sayang…” kejutnya perlahan.

“erm…” sahutku manja.

“dah sampai rumah…”

“dah sampai eh?” soalku kembali. Entah bila aku terlelap pun aku tak pasti. Sedar-sedar kami sudah di perkarangan rumah besar ini.

“jom…” ajaknya ringkas.

“awak masuk dululah..nanti saya ikut.” ujar lemah.

“no!” tegas Riezki. Ni kali pertama aku lihat Riezki tegas dengan aku.

“jom abang bantu sayang. Jangan degil. Kalau jatuh tangga nanti macam mana. Nanti apa abang nak jawab pada ibu dan abah sayang. Lagi pun sayang masih lemah lagi.”

“tapi….” Aku bersuara lemah.

“tak ada tapi-tapi. Jangan nak bangkang arahan abang.” Tegasnya sambil menarik tanganku keluar. Dengan tidak semena-mena tubuhku tiba-tiba. Tidak seimbang sehingga mendorong badanku ke depan.

“argh……..”jeritku panjang. Dalam sekelip mata badanku mendarat atas badannya dan dengan tidak sengaja bibir kami bertaut. Suasana jadi senyap seketika. kami seperti terpaku di situ. Tidak sedar yang kejadian yang menimpa kami ketika itu sedang diperhatikan oleh sepasang mata.

Tiba-tiba aku seperti tersedar dari mimpi yang panjang. Cepat-cepat aku bangun.


“sorry…” ucapku sepatah.

Dan aku berjalan meninggalkan Riezki yang masih terbaring kaku tidak berganjak dari tempat tadi. Aku seperti mendapat kekuatan berlari anak menaiki tangga menuju ke bilik kami.

“wah….kalau pun nak buat drama buatlah kat dalam bilik. Takkan nak tayang bagi satu keluarga tengok kot.” Tiba-tiba satu suara menerjah ke gegendang telingaku. Aku tahu siapa pemilik suara tu.

Aku hanya diam membisu. Malas aku nak menjawab balik. Nanti di katanya aku menantu yang kurang ajar. Almaklumlah aku ni bukan menantu pilihan. Ada sahaja yang tak kena di mata ibu mertuaku.

“hey perempuan miskin…kau jangan ingat kau dapat goda anak aku kalau akan senang lenang dalam rumah aku. aku akan pastikan kau akan berambus dari rumah aku.” kasar kata-katanya di lemparkan kepadaku namun aku masih diam membisu.

“dan satu lagi kalau kau aku dah benci jangan harap aku akan terima zuriat dari keturuan kau. Kau tu tak setaraf denagn keluarga aku.” ujurnya lagi sebelum berlalu meninggalkan aku.

Air mata yang aku cuba tahan sebentar tadi berlari laju di tubir mata beningku. Lantas dengan perlahan aku seka. Ya Allah semoga aku akan tabah meniti hari-hariku sebagai isterinya walaupun aku tidak mencintainya. Dengan langkah longlai aku masuk ke dalam bilik dan membaringkan badanku ke katil.

Kipas yang sedang berpusing di syiling aku pandang sepi. Tiada perasaan. Fikiranku melangkau jauh entah ke mana. Entah dari bila lagi Riezki memasuki bilik aku tidak pasti.

“Sayang dah tidurke? Soalnya yang sedang berbaring di atas sofa yang terletak tidak jauh dari katilku.

“dah…”balasku pendek.

“aik kalau dah tidur mana boleh jawab. Soalnya pelik.

Soalannya aku biarkan sepi. Fikiranku masih kosong. Tiba-tiba aku teringatkan kerja di ofis sudah hampir seminggu aku bercuti. Lusa aku akan memulakan kembali tugasku. Pasti bertimbun-timbun dokumen yang perlu aku bereskan. Habuan cuti lama sangat. Nah ambil. Aku bermonolog sendiri.

Novel : Izinkan Kuubati Rawan Dihatimu Bab 18

Bab 18


Hampir pukul 9 malam baru Riezki pulang ke rumah.

“ mak Jah… Anna mana?” soal Riezki apabila terserempak dengan pembantu rumahnya ketika melewati ruang tamu.

“Anna kat bilik kot Tuan…tadi dia cakap pening sikit. Makan malam pun Puan Anna tak turun bawah.” Jawab mak Jah.

“ok..terima kasih mak Jah.” Ucap Riezki sebelum berlalu meninggalkan pembantunya menuju ke tingkat atas rumah banglo besar itu.

Dengan perlahan Riezki memulas tombol pintu biliknya. Kelihatan susuk tubuh kecil isterinya sedang berbaring di atas katil bersaiz king itu.

“sayang….sayang…kenapa ni?” kejut Riezki sambil tangannya di bawa menyentuh dahi isteri kesayangannya.

“ish…panasnya! Sayang demam ni. Dah makan ubat belum?” soalnya dengan nada bimbang.

“dah..” jawab aku pendek.

“oklah sayang rehat ok. Abang nak mandi kejap. Kalau tak ok juga kita pergi klinik ok.” Ujar Riezki sebelum berlalu ke satu seudut yang menempatkan kain tuala lalu menariknya. Baju kemaja yang tersarung di badannya seharian di tanggalkan kemudia di masukkan ke dalam bakul pakaian kotor.

10 minit kemudian Riezki keluar dengan berkain tuala sahaja yang menutup separuh tubuhnya menampakkan susuk tubuhnya yang sasa.

“sayang….sayang…jom abang bawa pergi klinik bimbang pula abang.”

“tak nak lah…awak janganlah bimbang saya memang macam ni kalau setiap kali datang bulan. Esok-esok ok lah.” Jawabku sambil menarik comforter menutupi seluruh badanku yang terasa agak dingin.

“betul ni?” soal Riezki meminta kepastian.

“erm…” jawabku malas.

****

Lenaku di kejutkan dengan dentuman kuat dari luar. Bahang pada badanku masih lagi terasa tapi berkurangan berbanding petang tadi.

Dum! Dum!

“ya Allah…kuatnya kilat. Nak hujan kot.” Getus suara hatiku. Lantas menarik selimut menutupi badanku yang terdedah.

Jam kecil yang ada di atas meja di sis katil aku gapai. Jarum pendek menunjukkan pukul 3 pagi. Angin di luar bertiup semakin kencang. Bunyi salakkan anjing bersahut-sahutan menambahkan rasa seram berada di ats katil sendirian ketika ini walhal aku tahu Riezki berada tidak jauh dari katilku. Aku aku ajak dia tidur sekatil dengan aku rasa-rasa dia nak ke tak eh. Lagi pun aku rasa seganlah. Nanti apa pula yang di fikirkannya tentang aku. tiba-tiba bunyi sahutan anjing tadi bertukar kepada bunyi yang agak menyeramkan. Peluh dingin mulai membasahi dahiku.

Dengan perlahan aku menuruni katil menuju ke tempat Riezki tidur. Bunyi kilat yang semakin kuat membuatkan aku tidak betah untuk tidur sendirian lagi. harap-harap Riezki sudi menemankan aku.

“Awak….awak….” suaraku perlahan dengan harapan dia akan segera terjaga.

“Awak…..bangunlah.”rengetku lagi.

“erm…kenapa ni sayang?” soalnya apabila terjaga dari lenanya sebenatar tadi.

“boleh tak awak temankan saya…saya rasa takut..”

“teman pergi mana sayang?” soalnya sambil mengosok-gosok matanya. Dalam kesamaran aku dapat melihat susuk tubuh Riezki yang duduk di atas sofa yang menjadi katilnya setiap malam setelah aku menjejakkan kaki ke rumah ini.

“buat lawak ke apa laki aku ni. Kang ada pula orang makan tangan aku malam ni.” Balasku perlahan. Tak tahulah dia dengan ke tak.

“sayang…nak abang teman sayang pergi mana ni?” soalnya lagi.

Fuh…nasib baik tak dengar.

“nak pergi mana lagi tengah malam ni. Tidur lah.”

“o…sayang nak abang temankan sayang tidur kat katil ye? Sayang tak takut ke abang buat something?”soalnya dengan nada yang agak manja. Dalam kesamaran aku dapat melihat senyuman menggoda di wajahnya.

“awak jangan nak ngada-ngada. Buatlah kalau berani?” dugaku.

“erm…abang memang berani. Sayang cabar abang ye?” Balasnya denagn berbisik betul-betul di telingaku. Menyebabkan bulu romaku meremang. Lantas aku cepat-cepat berlalu ke katil dan menarik selimut menutupi seluruh badanku.

“sayang dah tidur ke?”soalnya tiba-tiba yang berada di sebelahku.

“arh…”jeritku perlahan. Agak terkejut dengan kelakuannya yang agak berlainan malam ni.

“awak ni..terkejut saya.” Marahku dengan tindakanya sebentar tadi.

“sayang nak ke….” Soalnya sambil tersenyum sumbing.

“nak apa pula ni?”

“nak ‘tu’ lah…kalau sayang nak abang boleh bagi sekarang juga.”

“apa yang ‘tu’ pula ni..”soalku sedikit blur.

“ala sayang ni tadi cakap boleh. Abang nak bagi sayang buat-buat tak faham pula.” Jawabnya masih lagi mengusikku.

“cakap betul-betullah saya memang tak faham ni.”

“meh abang bisik.” Ujarnya agak romantik lalu berbisik de telingaku perlahan.

Gupp…mendengarkan kata-katanya sebentar tadi membuatkan aku terasa seperti terlompat dari katil. Bulu romaku meremang tiba-tiba.

“tak nak…..full stop. Saya tak bersedia lagi. Awak jangan nak ngada-ngada.”

“marah ke sayang? Sayng tahu tak apa hukumnya apabila isteri menolak keinginan suaminya.” Soalnya lagi menambahkan rasa takut aku. menyesal pula aku ajak dia tidur sekatil dengan aku.

“awakkan dah janji takkan paksa kalau saya tak bersedia lagi.”

“kalau abang nak juga?” duganya lagi.

“nak juga nak buat macam mana….”balasku sedikit merajuk bila memikirkan dia mula memungkiri janjinya.

“benci!” balasku perlahan.

“ala sayng abang gurau je tadi. Abang takkan paksa sayang selagi sayng tak bersedia.” Pujuknya.

“janji?” soalku meminta kepastian.

“abang janji sayang.” Balasnya sambil mengenyitkan matanya.



Khamis, 7 November 2013

Novel : Izinkan Ku Ubati Rawan Dihatimu Bab 17

Bab 17


“kenapa awak sukakan saya?” soalku tiba-tiba pada Riezki pada satu petang.

“kan abang dah cakap kat sayang. Sayang dah lupa?” soalnya kembali.

“ada ke? Tak pernah rasanya. Kalau ada takkan saya nak tanya lagi. Buat abis air liur saya aje.” Getus suara hatiku. Aku membuang pandangan jauh ke depan. Namun kosong.

“jauh termenung sayang! Teringat kat pakwe lama ke?” bisiknya ditelingaku. Perlahan namun cukup menggetarkan naluriku sebagai wanita.

“Mana ada..siapalah nak kat saya ni. Dah la tak lawa kasar.” Jawabku bersahaja. Perlahan aku mula menjarakkan  diriku darinya. Entah mengapa aku rasa seperti hendak merajuk apabila soalanku tidak di jawab. Lantas membawa diri ke beranda.

“kenapa ni….abang tengok sayang termenung je dari tadi! Sayang ada masalahke?” soal Riezki

“ Tak ada apa-apalah.” Jawabku acuh tak acuh.

“Jangan nak tipu abang. Walaupun kita tak seperti suami isteri yang lain namun abang kenal isteri abang macam mana.” jelasnya.

“susah sangatke nak jawab soalan saya tadi?” tegasku tiba-tiba.

“o..patutlah wajah sayang semacam. Abang tak jawab soalan sayang rupanya. Maaf sayang. Betul sayang nak tahu ni? Sayang janji jangan marah tau!”

Aku hanya mengangguk tanda mahu mendengan jawapan darinya. Aku harap jawapannya ikhlas.

“Abang pun tak tahu apa sebabnya. Yang pasti setiap kali kita berbual walaupun hanya melalui mesej abang terasa dekat sangat dengan Anna. Abang rindu kalau tak berbual dengan sayang. Namun macam sayang selalu bagitahu pada abanglah. Jangan terlalu mengikut perasaan. So abang pendam sahaja perasaan abang. Sehinggalah abang dapat tahu bekas tunang abang ada lelaki lain belakang abang. Memanglah abang tak ada perasaan padanya. Tapi tipulah kalau abang tak marah. Dia tunang abang. Bakal isteri abang!”

Aku hanya mendiamkan diri. Hanya sesekali menganggukkan kepala mendengar ceritanya. Perasaan ingin tahuku tidak terbendung lagi. Tatkala itu sang matahari mula mengucapkan selamat datang pada sang malam. Burung-burung sudah berarak pulang ke sarang masing-masing. Sekejap lagi malam akan menjelma. Aku  cuba merenung wajah redup lelaki yang ada di depanku. Mata kami bertentang. Lama. Namun aku kalah. Lantas aku tertunduk malu.

"then.....?."soalku tidak sabar. Selain itu cuba menutup perasaan malu yang mula bertandang dalam diriku

“kita sambung malam ni pula eh sayang.” “

Aku mula memuncungkan bibir sebagai tanda protes. Anna nak dengar lagi. Tak boleh ke habiskan terus. Cerita sekerat-sekerat.

Dah senja ni. Tak elok duduk kat luar. Abang janji malam nati abang cerita lagi. Jom lah sayang.” Pujuknya.

Aku hanya membatukan diri.

“sayang nak masuk sendiri ke nak abang dukung baru nak masuk?” ugutnya apabila aku masih tidak berganjak dari tempat aku berdiri tadi.

“Jom lah sayang…”pujuknya sambil menarik tanganku dengan lembut menuju ke penjuru katil. Entah apa yang menrasuk aku lewat senja ini aku menurut sahaja ajakkannya tanpa ada bantahan seperti yang aku selalu lakukan.

“abang janji..malam ni abang cerita semua kat sayang…tapi sekarang abang nak mandi”bisiknya perlahan di telingaku sebelum berlalu ke bilik air dan hilang dari pandanganku. Aku buat muka cuak. Tak puas hati betullah. Perasaan ingin tahu membuat aku tak sabar. Lantas aku merebahkan badan ke tilam sementara menunggu giliran untuk mandi.

****
“Aduh penatnya!” rungut Iskandar sendirian. Suasana yang sepi di rumahnya mala mini mencurian perhatiannya. Matanya meliar mencari kelibat mak nya. Kesunyian di hatinya semakin terasa sejak akhir-akhir ini. Sungguh dia rindukan arwah isterinya. Walaupun tidak sampai setahun mereka hidup sebagai suami isteri.

“abang rindukan Ain…..”bisiknya perlahan. Jiwa lelakinya menangis. Namun dia harus redha. Mungkin inilah balasan yang harus dia terima kerana mengecewakan dan menghancurkan impian insan yang tulus mencintainya.

Nur Hanna….

Dengan langkah longlai dia berlalu meninggalkan ruang tamu rumahnya menuju ke bilik tidurnya.

“lambat balik hari ni Is?” soal mak nya yang tiba-tiba muncul dari belakang.

“eh…mak!” ujar Iskandar sedikit kuat.

“Is buat over time tadi. Banyak dokumen nak kena siapkan hari ni juga. Mana angah dan adik?” soalnya perlahan.

“Angah dan adik mana lagi kalau tak main futsal. Man nak balik awal. Habis je waktu kerja terus ke tempat tu. Entah apa yang seronoknya mak tak tahulah. Masing-masing umur dah lanjut tapi tak juga nak berumah tangga. Asyik main je” Rungut mak nya.

“adalah tu mak… dia orang muda lagi.” Balas Iskandar membela kedua adik kembarnya itu. Baginya mereka masih muda masing-masing baru berumur 24 tahun. Lagi pun mereka baru tamat belajar dan bekerja. Biarlah mereka berseronok dahulu sebelum terikat dengan ikatan perkahwinan.