Selasa, 12 November 2013

Novel : Izinkan Kuubati Rawan Dihatimu Bab 18

Bab 18


Hampir pukul 9 malam baru Riezki pulang ke rumah.

“ mak Jah… Anna mana?” soal Riezki apabila terserempak dengan pembantu rumahnya ketika melewati ruang tamu.

“Anna kat bilik kot Tuan…tadi dia cakap pening sikit. Makan malam pun Puan Anna tak turun bawah.” Jawab mak Jah.

“ok..terima kasih mak Jah.” Ucap Riezki sebelum berlalu meninggalkan pembantunya menuju ke tingkat atas rumah banglo besar itu.

Dengan perlahan Riezki memulas tombol pintu biliknya. Kelihatan susuk tubuh kecil isterinya sedang berbaring di atas katil bersaiz king itu.

“sayang….sayang…kenapa ni?” kejut Riezki sambil tangannya di bawa menyentuh dahi isteri kesayangannya.

“ish…panasnya! Sayang demam ni. Dah makan ubat belum?” soalnya dengan nada bimbang.

“dah..” jawab aku pendek.

“oklah sayang rehat ok. Abang nak mandi kejap. Kalau tak ok juga kita pergi klinik ok.” Ujar Riezki sebelum berlalu ke satu seudut yang menempatkan kain tuala lalu menariknya. Baju kemaja yang tersarung di badannya seharian di tanggalkan kemudia di masukkan ke dalam bakul pakaian kotor.

10 minit kemudian Riezki keluar dengan berkain tuala sahaja yang menutup separuh tubuhnya menampakkan susuk tubuhnya yang sasa.

“sayang….sayang…jom abang bawa pergi klinik bimbang pula abang.”

“tak nak lah…awak janganlah bimbang saya memang macam ni kalau setiap kali datang bulan. Esok-esok ok lah.” Jawabku sambil menarik comforter menutupi seluruh badanku yang terasa agak dingin.

“betul ni?” soal Riezki meminta kepastian.

“erm…” jawabku malas.

****

Lenaku di kejutkan dengan dentuman kuat dari luar. Bahang pada badanku masih lagi terasa tapi berkurangan berbanding petang tadi.

Dum! Dum!

“ya Allah…kuatnya kilat. Nak hujan kot.” Getus suara hatiku. Lantas menarik selimut menutupi badanku yang terdedah.

Jam kecil yang ada di atas meja di sis katil aku gapai. Jarum pendek menunjukkan pukul 3 pagi. Angin di luar bertiup semakin kencang. Bunyi salakkan anjing bersahut-sahutan menambahkan rasa seram berada di ats katil sendirian ketika ini walhal aku tahu Riezki berada tidak jauh dari katilku. Aku aku ajak dia tidur sekatil dengan aku rasa-rasa dia nak ke tak eh. Lagi pun aku rasa seganlah. Nanti apa pula yang di fikirkannya tentang aku. tiba-tiba bunyi sahutan anjing tadi bertukar kepada bunyi yang agak menyeramkan. Peluh dingin mulai membasahi dahiku.

Dengan perlahan aku menuruni katil menuju ke tempat Riezki tidur. Bunyi kilat yang semakin kuat membuatkan aku tidak betah untuk tidur sendirian lagi. harap-harap Riezki sudi menemankan aku.

“Awak….awak….” suaraku perlahan dengan harapan dia akan segera terjaga.

“Awak…..bangunlah.”rengetku lagi.

“erm…kenapa ni sayang?” soalnya apabila terjaga dari lenanya sebenatar tadi.

“boleh tak awak temankan saya…saya rasa takut..”

“teman pergi mana sayang?” soalnya sambil mengosok-gosok matanya. Dalam kesamaran aku dapat melihat susuk tubuh Riezki yang duduk di atas sofa yang menjadi katilnya setiap malam setelah aku menjejakkan kaki ke rumah ini.

“buat lawak ke apa laki aku ni. Kang ada pula orang makan tangan aku malam ni.” Balasku perlahan. Tak tahulah dia dengan ke tak.

“sayang…nak abang teman sayang pergi mana ni?” soalnya lagi.

Fuh…nasib baik tak dengar.

“nak pergi mana lagi tengah malam ni. Tidur lah.”

“o…sayang nak abang temankan sayang tidur kat katil ye? Sayang tak takut ke abang buat something?”soalnya dengan nada yang agak manja. Dalam kesamaran aku dapat melihat senyuman menggoda di wajahnya.

“awak jangan nak ngada-ngada. Buatlah kalau berani?” dugaku.

“erm…abang memang berani. Sayang cabar abang ye?” Balasnya denagn berbisik betul-betul di telingaku. Menyebabkan bulu romaku meremang. Lantas aku cepat-cepat berlalu ke katil dan menarik selimut menutupi seluruh badanku.

“sayang dah tidur ke?”soalnya tiba-tiba yang berada di sebelahku.

“arh…”jeritku perlahan. Agak terkejut dengan kelakuannya yang agak berlainan malam ni.

“awak ni..terkejut saya.” Marahku dengan tindakanya sebentar tadi.

“sayang nak ke….” Soalnya sambil tersenyum sumbing.

“nak apa pula ni?”

“nak ‘tu’ lah…kalau sayang nak abang boleh bagi sekarang juga.”

“apa yang ‘tu’ pula ni..”soalku sedikit blur.

“ala sayang ni tadi cakap boleh. Abang nak bagi sayang buat-buat tak faham pula.” Jawabnya masih lagi mengusikku.

“cakap betul-betullah saya memang tak faham ni.”

“meh abang bisik.” Ujarnya agak romantik lalu berbisik de telingaku perlahan.

Gupp…mendengarkan kata-katanya sebentar tadi membuatkan aku terasa seperti terlompat dari katil. Bulu romaku meremang tiba-tiba.

“tak nak…..full stop. Saya tak bersedia lagi. Awak jangan nak ngada-ngada.”

“marah ke sayang? Sayng tahu tak apa hukumnya apabila isteri menolak keinginan suaminya.” Soalnya lagi menambahkan rasa takut aku. menyesal pula aku ajak dia tidur sekatil dengan aku.

“awakkan dah janji takkan paksa kalau saya tak bersedia lagi.”

“kalau abang nak juga?” duganya lagi.

“nak juga nak buat macam mana….”balasku sedikit merajuk bila memikirkan dia mula memungkiri janjinya.

“benci!” balasku perlahan.

“ala sayng abang gurau je tadi. Abang takkan paksa sayang selagi sayng tak bersedia.” Pujuknya.

“janji?” soalku meminta kepastian.

“abang janji sayang.” Balasnya sambil mengenyitkan matanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan