Ahad, 10 Mac 2013

Novel: Izinkan Ku Ubati Rawan Dihatimu Bab 1




BAB 1


Sudah hampir tiga hari aku tidak menjejakkan kaki ke pejabat. Bebanan kerja sebagai setiausaha di pejabat besar seperti Megah Holdings aku tinggalkan seketika. aku mesti memanfaatkan mc yang doktor sepenuhnya. Memanjakan diri di atas tilam seperti sekarang telah lama aku impikan. Bukan tidak pernah tidur atas tilam ni. Tapi sekadar melepaskan penat selepas seharian bekerja tidak sama seperti sekarang.

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul satu tengah hari.

“Lapar pulak rasa perut aku ni. Siap memyanyi lagu keroncong untuk ana lagi. Baru aku sedar aku tidak menjamah apa-apa makanan lagi sejak dari semalam patutlah perut ni pedih semacam.” Getus suara hatiku sendirian.

“Kejap lagilah..sabar eh perutku sayang..nak online fb kejap.” Kataku sendirian memujuk perutku agar betahan sambil tanganku mengosok-gosok perutku yang agak kempis itu.
Pada masa yang sama aku mencapai lektop yang berada di atas meja solekku. Sedang aku syok menbaca komen dari membe-membe ku mataku tertangkap permintaan seseorang yang tidak aku kenali siapa.

 “Riezki Ieman…”  lancar shaja bibirku menyebut nama pemuda itu.
“nama yang unik…entah macam mana lah orangnya eh…profile picture pun tak ada.” Ngomelku sendirian sambil membetulkan kerusi agar lebih selesa.

Lantas sekali klik sahaja dia sudah menjadi kawanku di laman sosaial ini. Tapi yang anehnya entah mengapa hatiku ini berasa berdabar-debar apabila menerima mesej dari dia.

“ Hai…tq sudi be one of my friends….”

“Em…” balasku ringkas.

“I’m Riezki Ieman….you can call me Riez…” Balasnya lagi.

Tanpa berlengah aku membalas lagi mesejnya walaupun perut ini semakin kuat memyanyi dengan irama yang aku sendiri tidak faham.

“Owh…saya Nur Hanna Aminuddin….panggil saja Hanna..Anna pun boleh.” Balasku jujur walaupun aku sendiri tidak tahu semada ada orang di sana jujur atau mereka-reka sahaja identitinya.

“Ok Anna..cantik nama Anna. Mesti tuan punya nama ni pun secantik namanya kan. Riez tak menganggu Anna ke?”

“Erm....tak pun Anna tgh cuti ni...”

“O... Anna dah makan?” Soal dia lagi.

“Ishk...banyak soal la dia ni.. ” getus aku sendiri.

“Awak saya nak log out dulu ni nanti kita chat lain eh.. .” ujarku terus klik sign out facebook tanpa menunggu jawapan dia di sana.

Kakiku laju menuju ke dapur sambil mataku liar mencari kelibat ibuku. Aku tahu ketika ini dia mesti sibuk di dapur menyediakan apa yang patut kerana sekejap lagi abah mesti balik makan tengah hari. Abah ni cerewet sikit bab makan ni kalau benda lain taka pa. hanya mak aku sja yang mampu melayan kerenah abah aku tu. Kadang-kadang aku tergelak sendiri melihat gelagat abah yang manja dengan ibu aku. Dengan anak-anak bukan main lagi dia tegas.
“Ha..anak dara ibu ni baru bangun eh..tengok jam dah pukul berapa?Dah mandi belum ni? ” Soal ibu mengejutkan aku dari lamunan.
“Ibu masak apa…Anna laparlah bu… ” balasku menukar topi perbualan. Dah masak sangat dengan mulut ibu aku yang suka membebel dekat aku. Ada saja yang tak kena di mata dia. Kak long dan abang ngah saja yang elok. Nasib baik abah selalu back up aku.
“Ibu masak ikan keli bakar masak lemak….Anna sukakan? ” balas ibu tanpa menoleh kearahku.
“Ni Anna sayang ibu nie…”balasku sambil memeluk ibu dari arah belakang.
“Dah…pergi mandi. Kejap lagi abah balik bising pula dia tengan Anna tak mandi lagi ” Ujar ibu sambil tangannya sibuk menyiapkan hidangan tengah hari.
“ Ok bos!!! ” balasku sebulum berlalu meninggalkan ibu sendirian di dapur.
“ Eh…bila abah sampai? ” soalku apabila melihat abah sedang duduk di atas sofa di ruang tamu. “ Agaknya abah mesti dengan bebelan ibu pada aku sebentar tadi.” Bisik hatiku.
“Baru saja. Anna dah sihatke? Ada muntah-muntah lagi tak?” soal ayah sedikit risau melihat keadaanku yang sedikit itdak terurus ini. Dengan rambut yang agak kusut dan wajah yang sedikit pucat.
“ Dah ok sikit bah….” Jawabku dengan manja. Yealah aku kan anak manja abah sampai kak long dan abang ngah selalu mencebit bibir bila melihat gelagat aku dan abah. Bukan aku tidak ada adik. Si Juliana itu agak kasar wataknya berbanding aku kakaknya samapai orang lain selalu tertukar aku ke dia yang kakak.
“ Abah Anna nak pergi mandi ni…kalau abah nak makan pergilah makan dulu tak payah tunggu Anna. Takut Anna lambat. ” pesanku pada abah. Abah hanya mengangguk perlahan.

*******
Selesai sembahyang aku terus keluar untuk menyertai abah makan tengah hari. Kelihatan Juliana baru pulang dari sekolah. Agak termengah-mengah di depan pintu membuka kasut. Jualiana adik bongsuku yang bakal menduduki peperiksaan besar hujung tahun ini. SPM bakal menentukan hala tuju dia selepas ini.
“ Hai Jue…awal balik. Tak ada kelas tambahan ke? ” soal ibu apabila melihat Juliana.
“ Kelas dibatalkan bu…cikgu-cikgu ada mesyuarat. Kelas tadi pun cikgu tak masuk kita orang belajar sendiri-sendiri.” Jawab Juliana sambil menarik kerusi di sebelah abah. Jelas tergambar kepenatan di wajah Juliana walaupun dia sendiri tidak merungut pada sesesiapapun. Kami sekeluarga tahu dan masak dengan sikapnya yang dari dahulu lagi suka berdikari sendiri dari menyusahkan orang lain. Dan itulah adikku Juliana Maisara. Dalam diam aku cukup bangga dengan sikapnya yang matang itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan