Ahad, 10 Mac 2013

Novel: Izinkan Ku Ubati Rawan Dihatimu Bab 2




Sedar tidak sedar sudah sebulan aku mengenali Riezki Ieman. Hampir setiap hari juga kami berbalas mesej di f b. Walaupun hanya untuk menyapa “hai”.  Walaupun kami tidak pernah bersua muka jauh sekali mengenali keluarganya tetapi aku merasakan seperti telah lama mengenali jejaka itu. Cara dia mengambil berat tentang diriku seolah-olah dia berada dekat dengan aku.

“Hai Anna…dah lama ke online? Tunggu mesej Riez eh? ; ) ” soalnya menduga.

“ Tak adalah….” Balasku menyembunyikan hakikat yang sebenar yang aku sedang menunggu mesej dari dirinya setelah hampir seminggu kami tidak berbalas mesej.

“Yeake….jadi Anna tak rindukan Riez la eh…tak apalah nampaknya Riez jea yang rindukan Anna.” Rajuknya di sana dengan pengakuanku sebentar tadi.

“Anna…boleh tak Riez nak jumpa Anna.”

“Erm…bukan Anna tak sudi tapi…..” balasku teragak-agak untuk bersetuju dengan permintaannya. Aku takut semuanya akan hancur andai kami bersua nanti. Lagipun status dia sebagai tunangan orang membuatkan aku lebih berhati-hati dalam perhubungan ini. Takut bila memikirkan andainya aku jatuh cinta kepada jejaka itu. Bagiku cukuplah kami mengenali di sini tidak perlu bersua.

“Anna tak sudi eh…erm tak apalah orang tak sudi berjumpa kita. Riez tahu lah Riez ni tak sekacak hero Malaya…” balasnya. Aku dapat mengesan ada nada rajuk di dalam ayatnya.

“Tak apalah Anna…Riez ada kerja cikit ni. Assalamualaikum…”

Tanpa menunggu jawapan aku Riezki terus mematikan warna hijau dif bnya yang menandakan dia telah mendaftar keluar.

Aku hanya tersenyum dengan gelagat Riezki yang suka merajuk sejak akhir-akhir ini. Aku sendiri tidak faham dengan perangai dia. Adakalanya romantik sangat dengan ayat bunga-bunga dia. Sampai aku sudah tidak terlayan dengan mesej-mesejnya. Dan sekarang dia merajuk. Seoalah-olahnya aku ni seperti kekasih hatinya.

Tok..tok… ketukkan Zila pada mejaku mengejutkan aku dari lamunan sebentar tadi. Lantas tanganku mencapai tetikus dan menekan butang power off  komputer di depanku.

“Oi…cik kak cakap nak lunch sama-sama tadi. Ni dok termenung kat sini lagi. Tengok jam dah pukul berapa?” soal Zila sambil menunjukkan jam di tangannya.

“Maaflah yang….jom. kang lambat pula kita sampai.” Balasku sambil menarik handbag yang aku  letakkan di sisi kerusiku. Sambil berlari-lari anak mengikuti Zila menuju ke lif.

“Kita nak makan kat mana ni? Soalku.

“Tempat biasa nak..Restoren Ukhwah.”balas  Zila sambil menarik tanganku masuk ke dalam lif bila pintu lif terbuka. Seperti hari-hari yang lain tengah hari lif pasti sesak degan orang ramai.

Restoran Ukhwah menjadi pilihan kami sejak dua tahun lalu. Cuma kadang- kadang terasa ingin menukar selera dan  tidak terkejar-kejar baru kami pergi makan jauh sikit dari pejabat. Kalau tidak di situlah tempat kami setia hari.Lagipun masakannya kena dengan selera kami. Harganya tak perlu cakaplah cukup berpatutan. Itu sebabnya kedainya sentiasa penuh dengan pelanggan setia seperti kami.

Kami memilih duduk  di meja yang mengadap jalan. Bolehlah cuci mata sambil makan. Bab kata pepatah “ sambil menyelam minum air” memang kena dengan situasi kami sekarang. Aku seperti biasa mengambil nasi putih berlaukan ikan keli letak sedikit kuah masak lemak. Zila pula nasi beriani ayam. Memang berselera betul kami makan tengah hari itu sampai nak bangkit pun tak larat.

*****

Jam ditangan menunjukkan pukul 6 petang. Cepatnya masa berlalu rungutku sendirian tidak sedar bosku Encik Lokman sudah agak lama berdiri di sisiku.

“Ehem… ai tak balik lagi cik Anna? Kerja lebih masa ke?” soal Encik Lokman mengejutkan aku. Lantas berpaling memandangnya.

Encik Lokman merupakan anak Tuan haji Salleh pengasas Megah Holdings. Selepas Tuan Salleh mengundur diri tiga tahun dahulu Encik Lokman lah yang mengambil alih jawatan pebagai CEO di Megah Holdings. Encik Lokman mempunyai dua orang anak perempuan kalau tidak salah aku seorang berumur Sembilan tahun dan seorang lagi berumur enam tahun. Isterinya Puan Suraya memang baik. Selalu datang ke pejabat ada sahaja buah tangan untuk kami pekerjanya. Kami cukup bertuah bekerja di sini.

“Tak adalah bos…nak bereskan kerja tadi sikit sekarang dah nak balik dah. Eh bos tak balik lagi ke? Anna dah nak balik ni.” Jawabku sambil menjinjit beg tanganku. Seterusnya menolak kerusi rapat kemeja.

“Saya baru habis meeting dengan Dato’ Mansor. Tertinggal barang kat bilik terus datang balik ni. Saya terpandang Anna masih ada di meja tu saya tegur Anna.”

“O..baiklah bos Anna gerak dulu eh. Jumpa lagi esok.” Ujarku terus berlalu meninggalkan Encik Lokman. Takut pula aku bila fikirkan hanya kami berdua saja di situ. Memanglah dia baik tapi kalau berdua adalah yang ketiga. Mintak jauh.

Suasana di ruangan parking tingkat bawah bangunan tempat kerja ku sudah beransur sunyi. Aku mempercepatkan langkah menuju ke kereta sambil tangan menekan alarm kereta. Tanpa berlengah aku membuka pintu kereka dan sepantas itu juga aku masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta dan berlalu dari situ.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan