“Lambat balik Anna?” tegur
abah apabila aku melintas ruang tamu.
“Jalan jem lah abah..lagipun Anna keluar lambat tadi siapkan dokumen
penting esok ada meeting.” Balasku sambil membuka tudung di kepala.
“Anna masuk mandi dulu lah abah. Penatlah.” Ujarku lagi beserta rungutan.
Sambil melangkah meninggalkan abah menonton berita di TV3.
“Dengar suara Anna tadi?” soal ibu sambil membawa kopi o panas kesukaan
abah.
“Dah masuk bilik…penat katanya.” Balas abah beserta anggkkan ibu tanda
mengerti.
Selesai mandi dan solat aku membaringkan badan di atas tilam. Sambil
memandang kosong kearah syiling putih. Firikan ku menerawang memikirkan rajuk
Riezki dua hari lalu. Lantas aku mencapai lektop dan menghidupkannya.
Selepas beberapa minit aku log masuk fb aku Riezki menegurku setelah
sekian lama dia menyepikan diri merajuk apabila aku menolak ajakan dia tempoh
hari..
“Hai sayang…”
“Erm…apa ni Riez sayang-sayang!” balasku tidak senang dengan panggilan
yang dia gunakan untuk memanggil diriku.
“Yeala kite je yang sayang kat dia….tapi dia…” balas Riezki
“Sayang..apa khabar denganmu di sini ku merindukan kamu..” usik dia lagi
bila aku meluahkan ketidak puasan hatiku sebentar tadi.
“Riez janganlah main-main….Anna
stop kat sinikan!” ugutku.
“Mana ada Riez main-mainkan Anna. Anna tu jual mahal. Riez ajak jumpa pun
tak nak!” jawab Riezki mengingatkanku tentang perbualan kami yang akhirnya
membawa kepada rajuknya.
“Riez! please you should know why” balasku membantah jawapan jejaka itu
sebentar tadi. “Ya…Riezki awak patut lebih mengetahui kenapa Anna menolak
ajakan awak.” Bisik hati kecilku.
“ Apa maksud Anna? Riez tak paham. Please let me know!” rayunya.
“Riez kan tunang orang…tak manis kita keluar bersama. Macam mana kalau
kita terserempak dengan tunang Riez.”
Lama aku menunggu balasan darinya.
“ Jangan bagi alasan Nur Hanna! Lagipun Riez dah cakap Riez tak pernah
cintakan dia. Kami bertunangpun bukan atas kerelaan Riez. Mummy yang tentukan.
Riez hanya cintakan Anna. Percayalah walaupun Riez tak pernah jumpa Anna tapi
Riez dapat rasakan Anna lah wanita yang Riez cari-cari selama ini. Jangan
sampai Riez cari Anna. I and if I found you..Riez takkan sesekali lepaskan
Anna. Riez akan pastikan Anna jadi milik Riez. Hanya maut yang akan memisahkan
kita. Ingat Anna…Riez akan dapatkan apa yang Riez inginkan.”
Kata-katanya sedikit sebanyak menakutkan aku walaupun aku sedar yang dia
tidak mungkin akan menemui aku. Takkan aku seorang yang bernama Nur Hanna dekat
Malaysia ni. Lantas tanganku menarik tetikus dan klik out.
Aku pun tidak sedar pukul berapa aku terlelap. Sedar-sedar sudah azan
subuh. Lantas aku bangun dan mandi. Selepas itu mengadap pada Pencipta sekalian
makhluk di bumi ini…Allahuakhbar…maha suci Allah. Hanya pada dialah tempat aku
mengadu dan meminta pertolongan. Agar diri ini dan orang yang aku sayangi di
lindungi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan