Isnin, 11 Mac 2013

Novel: Izinkan Ku Ubati Rawan Dihatimu Bab 4



“ Bu…Anna tak sempat nak sarapan dekat rumah ni. Anna kena sampai ofis awal ada meeting pagi ni.” Ujarku tergesa-gesa lalu mencapai tangan ibu dan menyalaminya. Inilah rutinku setiap hari. Tidak lengkap hariku sekiranya tidak menyalami ibu.

“Jangan lupa sarapan pula. Anna tu gastrik!” pesan ibu sambil melambai-lambai tangannya padaku apabila keretaku berundur keluar.

Jam di tangan mununjuk ke angka 8 bila aku sampai di pejabat. Nasib baik sampai awal bolehlah aku sarapan sekejap. Lantas aku mengatur ke pantry untuk membuat air.

“Hai awal cik Anna kita sampai!” tegur seseorang dari arah belakang. aku dapat mengagak siapa.

“Kan ada meeting kejap lagi. Awak  nak air tak Anna buatkan.” Ujarku lagi.

“Erm..boleh juga.”

Kami bersarapan besama di pantry. Suasana di pejabat mulai bisng sedikit apabila sudah ramai rakan sepejabatku telah sampai.

“Anna..aku tengok kau asyik termenung je sejak akhir-akhir ini. Kau ada masalahke?” tegur Zila sambil memandang tepat ke mataku.

“Tak adalah…Cuma aku…” ujurku sedikit teragak-agak untuk memberitahunya tentang kata-kata Riezki yang berbaur ugutan tempoh hari.

“Anna jangan nak tipu saya. Saya tahu Anna bukan pandai menipu pun.”

“Nantilah Anna ceritakan.”balasku sebelum berlalu ke tempat duduk ku.

*****

“Apa Anna? Dia cakap macam itu?” soal Zila selepas mendengar cerita aku sebentar tadi. Wajahnya mempamerkan ketidakpuasan hatinya.

“Berani dia ugut kawan baik saya. Memang nak ena mamat tu nasib baik dia tak ada depan mata.” Sambung Zila.
“Dahlah awak..Anna percaya dia takkan dapat cari Anna.” Balasku memujuk Zila yang tengah geram mendengar pengakuanku.

Entah tiba-tiba aku dapat merasakan ada mata sedang memerhatikan gelagat kami ketika itu. Tapi aku tidak pasti. Aku takut andai Riezki benar-benar mengotakan kata-katanya seminggu yang lalu. Lagipun kami tidak lagi berbalas mesej selepas hari itu. Aku pernah juga pernah menunggu kehadirannya namun hampa. dia lebih memilih untuk mendiamkan diri sehingga sekarang.

“jom…dah nak pukul dua dah ni.”
“kenapa Anna…saya tengok awak macam ada yang tidak kena saja,” tegur Zila apabila menyedari gelagatku yang tidak selesa ketika itu.

“Entahlah…saya rasa seperti ada orang memerhatikan kita lah dari tadi lagi.”

Zila yang agak terkejut dengan jawapanku menarik tanganku meninggalkan Restoran Ukhwah. Mata ku meliar mencari kalau-kalau benar ada yang sedang memerhatikan kami. Tapi pencarianku gagal kerana tidak nampakpun orang itu. Lantas kami mempercepatkan langkah memasuki bangunan tinggi yang tesergam gah nama Megah Holding.

****
Alangkah terkejutnya aku apabila sampai ke meja tempat duduk ku ada sejambak bunga ros merah di sertakan sekeping kad berbentuk hati.

“Untukmu sayangku…Nur Hanna. Finally Riez dah jumpa Anna!” terasa kecut hatiku tiba-tiba selepas membaca kad itu.

Hampir terduduk aku dibuatnya. Patutlah terasa seperti ada orang memerhatikan aku sewaktu makan tengah hari tadi. Peluh ketakutan mulai membasahi walaupun ketika ini aku berada dalam pejabat yang berhawa dingin namun kedinginannya tidak mampu menyejukkan badanku. Aku pandang ke kiri dan kanan mana tahu tiba-tiba dia muncul di sini pula. Sedikit lega apabila mataku tidak menemui orang asing di ruangan pejabatku ketika itu.

“Zila…nanti kita balik sama-sam eh.”

“Ok…: jawab Zila tanpa banyak bersoal jawab denganku.

Aku tidak dapat menumpukan perhatian dalam kerjaku ketika ini. Firiranku melayang jauh entah ke mana. Sedar-sedar jam sudah menunjukkan ke angka 5.10 petang. Ruangan pejabat mulai lengang.

“Awak dah siap lum Anna. Kalau dah jom.” Ajak Zila apabila melintasi mejaku.

“wah..orang tu dapat bunga.” Tegur Zila apabila menyedari aku sedang membawa sejambak bunga.

“siapa bagi? Zul eh?”duga Zila lagi apabila tidak mendapat respon dari aku.Aku hanya diam membisu. Tidak tahu bagaimana hendak ku memberitahu dia yang Riezki sudah menjumpai aku. Zul adalah kawan rapat aku sejak menuntut di universiti empat tahun lalu. Ke mana aku pergi pasti dia ada. Sampai rakan sekuliah kami menggelarkan kami pasangan sejoli masa itu walaupun hakikatnya kami hanya kawan biasa.

Sampai sahaja di tempat parking kami membawa haluan masing-masing kerana kami parking di tempat yang berbeza. Aku mempercepatkan langkahku apabila terasa ada seseorang masih memerhatikan aku.

Tiba-tiba seseorang datang dan menutup pintu kereka yang telah ku buka dari arah belakang. Jantungku terasa seperti mahu gugur dengan situasi sekarang. Lidahku kelu. Aku cuba menjerit tepi terasa kerongkongku terlelan batu sehingga tidak mampu berkata apa-apa. Aku hanya mampu memandang dan mengikuti langkah lelaki itu apabila lelaki itu menarik tanganku menuju ke keretanya.

“We need to talk!” tegas jejaka yang tidak aku kenali itu. Jantungku berdegup tidak keruan. Apa yang dia mahukan dari aku. siapa dia. Hatiku mula bermonolog sendirian. “Ya Allah kau lindungilah aku dari musibah dan bahaya yang datang ini.” Bisik hat kecilku.

“Anna jangan takut. Riez takkan apa-apakan Anna sayang.” Jelas jejaka itu lagi apabila menyedari aku sedang menatap wajahnya dengan seribu satu persoalan yang dia sendiripun tidak tahu. Kereta porsche cayenne hitam miliknya laju membelah jalan menuju ke destinasi yang aku sendiri tidak pasti ke mana aku akan di bawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan