Kami tiba di Restoran Fullhouse dekat Wangsa Walk. First t aku sampai.
Cantik dekorasinya ala vintage sikit. Comel sangat sesuai untuk pasangan
bercinta. Dia berjanji tidak akan melakukan perkara yang tidak elok kepadaku.
Kami mengambil tempat di satu sudut yang agak jauh sedikt dari pelanggan lain.
“Riez minta maaf sebab buat Anna macam ni. Tapi
Riez tak ada pilihan lain.” Ujarnya memecahkan kebisuan antara kami
ketika itu. Sambil memandang tepat ke dalam anak mataku.
“ Anna tak tahu nak cakap apa. Semua ini
mengejutkan Anna.” Balasku bersahaja. Sambil membelek manu yang ada di tangan.
Selesai membuat pesanan aku meminta diri untuk menghubungi keluargaku takut
mereka risau dengan kelewatanku. Lantas aku mendail nombor telefon rumahku.
“Assalamualaikum bu…Anna balik lewat sikit ni.
Keluar dengan membe…ala bu janganlah risau. Oklah bu assalamualaikum…tut…tut..talian
di matikan. Aku meletak telefon bimbitku kembali ke dalam handbag.
Wajah handsome Riezki Ieman aku pandang tenang
walaupun terasa sesak sangat dadaku tatkala ini. Aku dapat mengagak lelaki ini
berdarah campuran inggeris. Memiliki kulit cerah kemerahan dengan hidung
mancung dan anak mata hijau pasti ramai gadis cair melihatnya. Aku pun tidak
terkecuali tapi aku masih mampu menahan getaran didada ini lantas itu aku
memberanikan diri menatap mata yang sedikit reduh itu. Ya Allah aku jatuh cinta
Pada renungan mata ini. Engkau kuatkanlah diri hambamu ini menghadapi semua ini
agar aku tidak terpesong dari agamamu.
“So can we talk now?” soalku.
“Erm…ok. Mesti Anna tak percaya yang Riez dapat
cari Anna kan?”
“Untuk apa Riez lakukan semua ini. Anna tak nak
sebab Riez terlalu mengikut kata hati akhirnya memakan diri Riez. kan Anna dah
jelaskan hari tu. Anna tak nak terlibat dengan semua ini.” Ujarku sedikit
tegas.
“but…I’m really love you Anna. Riez rayu pada Anna
bagi Riez peluang..Riez janji takkan sesekali mempersia-siakan Anna. Im
promise!” bersungguh-sungguh dia merayu aku.
Bukan aku tidak sudi atau sengaja jual mahal tapi
status dia sebagai tunang orang membuat aku tidak ragu-ragu menolaknya
dari sisi ku tanpa meberi peluang padanya. Aku juga wanita. Aku tak mahu
menyakiti kaumku sendiri.Kerana aku betapa sakitnya jika di khianati insan
tersayang. Namun hidup harus di teruskan. Pengalaman menjadikan aku lebih
matang dalam membuat keputusan.
“Maafkan Anna…Anna tak mampu nak terima Riez dalam
hidup Anna. Semua ini terlalu awal bagi Anna…bagi hubungan kita juga. Anna tak
kenalpun siapa Riez jauh sekali keluarga Riez. so please jangan buat Anna macam
ni. Jangan kejar Anna lagi.” Jelasku panjang lebar. Dia hanya tersenyum
mendengan penjelasanku.
“ Anna jangan nak tipu Riez lah. Takkan sedetikpun Anna tak pernah rasa
apa yang Riez rasa sekarang. Anna boleh tipu Riez tapi Anna tak boleh tipu
perasaan Anna sendiri.” Duganya lagi sedikit sebanyak menggugat
pendirianku ketika ini. Dan aku hanya mampu berdoa semoga diberi kekuatan
menghadapi semua ini.
“Anna rayu sangat pada Riez jangan paksa Anna kalau Riez betul-betul
ikhlas mahu jadi kawan Anna. Lupakan semua ini. Anna akan anggap semua ini tak
pernah berlaku.”
“Semudah itu Nur Hanna awak menganggap perasaan saya pada awak…semudah
mimpi awak.” Jawab Riez k. Merah padam Wajahnyanya menahan perasaan tidak puas
hatinya terhadap kenyataanku sebentar tadi.
“Riez takkan berputus asa! Riez akan pastikan Anna jadi milik Riez!”
tegasnya lagi.
“kalau macam tu kita stop je kat sini. Mulai sekarang. Riez bukan kawan
Anna lagi. Jangan ganggu Anna lagi.” Seraya jawabku lalu bangun meninggalkan
dia terkontang kanting sendirian.
“Anna wait!!!”
Aku mempercepatkan langkahku walaupun aku sendiri tidak pasti arah mana
harusku tuju. Sejauh mana sahaja kudratku. Dengan memakai heel tinggi. Tak jauh
manapun aku dapat pergi. Riezki dapat menyambar tanganku akhirnya.
“Please Riez…..Anna nak balik rumah.”ujarku dalam sebak.
“Riez hantar Anna balik ok sayang.”pujuknya menarik aku menuju ke
keretanya.
Sepanjang perjalanan pulang aku lebih banyak melayan perasaanku.
Sesekali aku terperasan Riezki memandangku. Sesampai di rumah aku terus meluru
keluar dari keretanya tanpa memandang wajahnya apatah lagi mengucapkan terima
kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan