Sabtu, 5 Oktober 2013

Novel : Izinkan Ku Ubati Rawan Dihatimu Bab 13


Alamak tak sempat aku menonton drama bersiri kesukaan aku. Iyalah balik tadi sudah pukul 8. Nak buat macam mana tayar kereta aku tiba-tiba saja pancit. Nasib baik ada pak guard yang lalu masa aku tengah membelek-belek tayar kereta aku dekat tempat letak kereta.

“kenapa cik?” soal lelaki separuh umur yang memakai pakaian seragam pengawal keselamatan.

“entah lah pak Mat. Pagi tadi Anna datang ok je tayar ni. Entah macam mana pancit pula.”

“cik dah call siapa-siap untuk tukar tayar ni ke?” soalnya.

“Tak…tayar spare ada dalam bonet belakang. pak Mat boleh tolong tak? Nanti Anna bagu upah.”

“boleh..boleh cik. kejap eh pak Mat pergi tukar baju dulu. Shift pak Mat dah abis dah ni. Kang kotor pula baju ni. Tunggu tau cik.” pesannya sebulum meninggalkan aku sendirian.

Hampir sepuluh minit baru pak Mat muncul. Bersama seorang pemuda sebaya aku.

“maaf cik. Pak Mat lambat sikit.”

“tak pe…Anna tak marahpun.”

“apa lagi tengok tu. Meh tolong ayah ganti tayar ni!” ujar pak Mat kuat kepada pemuda itu. Tersipu-sipu dia menahan malu. Beberapa minit kemudian tayar keretaku telah berganti. Nasib baik mereka berdua ada. Aku mengulurkan wang lima puluh ringgit pada pak Mat kerana sudi menolong aku walaupun pada awlanya dia menolak setelah di gesa dan di pujuk akhirnya di menerimanya.

Jam menunjukkan angka 7. Setelah menghidupkan enjin kereta aku terus berlalu meninggalkan tempat letak kereta.

****

“Sayang pergi mana tadi?” soal Riezki yang tiba-tiba terpacul di tepi pintu keretaku.

“erm…tak pergi mana-mana pun. Ada je kat ofis.” Jawabku acuh tak acuh.


 “kenapa?” soalku kembali sedikit terkejut dengan kehadirannya di perkarangan rumahku tatkala ini.

“Sayang tahu tak betapa bimbangnya abang kalau apa-apa jadi kat sayang. Yealah banyak kali abang call tadi tapi tak dapat. Tu yang abang datang rumah ni. Ibu cakap sayang tak balik lagi susahlah hati abang.” Jawabnya jujur.

“sekarang dah Nampak saya balikkkan? So apa tunggu lagi?”
Ujarku sedikit kasar. Aku tidak selesa diperlakukan sedemikian. Ni belum jadi isterinya lagi. Kalau dah jadi isterinya alamaknya aku kena duduk saja bawah ketiak dia.

“saya dah penat ni. Awak pergilah balik!” seraya itu aku melangkah meninggalkannya sendirian di luar pagar malas nak berlama-lama dengannya apa tah lagi apabila aku melihat kelibat kereta along mula memasuki perkarangan rumah.

“ok abang balik dulu sayang…”

“erm!” balasku pendek.

****

“Wah cantiknya blouse ni! Pandai juga mamat tu pilih!” puji sendirian. aku belum sempat buka lagi hadiah yang Riezki berikan padaku tempoh hari.

Lantas aku mengayakan blouse tu di depan cermin tengah syok membelek tidak sedar ada mesej masuk.  Penat berangan-rangan dengan blouse tadi aku merebahkan badan ke tilam empukku.

Kring.kring.... kedengaran nada dering telefonku menjeri-jerit meminta dijawab. Kalau orang lain rasanya dah lama menukar nada dering klasik ni. Biarlah buat apa ikut orang. Pernah beberapa kali si Zila mengejek nada dering telefonku katanya aku bawak pondok telefon tepi jalan dalam handbag. Lantak dialah nak cakap apa.

“Hello…Assalamualaikum..”

“Waalaikummussalam…”

“Sayang tengah buat apa?”

Entah mengapa setiap kali aku mendengar suara dia perasaan hilang bah kan hatiku berbunga-bunga. Aku jatuh cinta pada dia ke? Ah tak mungkinlah aku takkan sesekali jatuh cinta pada mamat yang dah merosakkan maruah aku. wake up Anna fokus!...fokus!...jangan lalai! Ingat kau mesti musnahkan hidup mamat tu bukan jatuh cinta pada dia.


“Anna…Anna..!” panggil si pemanggil itu apabila tidak mendengar suaraku.

“erm..ada apa?” soalku apabila bila aku tersedar kembali ke dunia nyata. Tidak mahu hanyut lagi dengan dunia fantasiku sendiri. Aku takut aku pula yang kecundang nanti.
“Abang tanya sayang tengah buat apa?”  ulang si pemanggil itu lagi.

“tak buat apa pun. Nak tidur dah. Penat!” Malas melayan si pemanggil di sana aku memberi alasan.

"oh...patutlah tak balas mesej abang tadi."
  
Ada mesej eh. aku tak perasan pula bila ada mesej masuk tadi. alah bukan penting pun.
 
‘oklah sayang rehatlah esok nak kerjakan. Mimpikan abang tau…”tutr si pemanggil tanpa membuang masa.

“takde masa….” Balasku perlahan.

“sayang cakap apa?” soalnya apabila tidak mendengar apa yang aku katakana sebentar tadi.

“nothing….saya dah mengantuk sangat dah ni. Oklah awak. Assalamualaikum…..”
Lantas aku menekan butang merah.

Tanpa berlengah aku menarik selimut sehingga menutupi keseluruhan badanku. Hari ini aku tinggalkan sebagai sejarah. Mungkinkah esok aku masih di beri peluang untuk menghirup udara lagi. Hanya dia yang lebih mengetahui semua itu.


****
“kenapalah begitu sukar untuk aku merobohkan tembok kebencianmu sayang. Riez benar-benar ikhlas mencintai Anna. Mengapa begitu sukar untuk Anna menerima cinta Riez. takkan tak ada sekelumitpun perasaan sayang Anna terhadap Riez.” lelaki itu bermonolog sendirian di birai katil bujangnya. Entanh mengapa semakin dekat hari bahagia itu semakin resah perasaannya.

“Ya allah seandainya dia dicipta untukku dekatkanlah dirinya dengan diriku. Dan seandainya dia tidak dicipta untukku jauhkanlah dirinya dengan diriku. Hanya padamu aku berserah ya Allah. Hadirkanlah cinta di antara kami. Sesungguhnya aku benar-benar menyintainya ya Allah….” Amin ya rabba alamin…. Ucapnya di hujung doanya.



1 ulasan:

  1. dekat 3 bulan tu menghilang lepas jangan lah hilang lagi....best nak lagi tq.

    BalasPadam