Setelah sebulan melakukan pelbagai persiapan akhirnya
hari ini tibalah hari yang di tunggu-tunggu semua orang kecuali aku. aku tidak
tahu apa yang patut aku rasakan ketika ini. Perasaanku bercampur baur.
Aku memandang
wajah-wajah orang yang aku sayang satu persatu. Wajah abah yang segak berbaju
melayu biru muda dan bersongkok masih lagi kacak walaupun yang sudah tua di
mamah usia begitu juga wajah ibu yang manis berbaju kebaya berwarna sedondong
dengan abah.
Wajah along dan
adik. Ada perasaan sayu ketika ini. Ingin sekali air mata ini mengalir keluar
tetapi aku telah berjanji yang aku tidak akan sesekali menitiskan air mataku di
hapadan keluargaku lagi. Biarlah aku sendiri menanggung keperitan hidup ini.
Sekejap lagi aku akan bergelar isteri orang walaupun
aku tidak pernah menyintainnya. Majlis akad nikah berlangsung di rumahku.
Riezki Ieman bin Dato Sufian segak memakai baju melayu
putih bercekak musang bersualam di leher. Besamping hitam bersulam benang emas
dan bersongkok hitam menambah lagi ketampanan lelaki yang mempunyai darah
campuran inggeris itu. Sekilas dia memandang ke arahku. Dia menguntumkan
senyuman manis untukku. Dan aku hanya membalas senyuman itu dengan
menghadiankan jelingan yang tajam.
Suasana di dalam rumahku ketika itu menjadi sunyi
seketika apabila Riezki sudah bersedia untuk melafazkan ayat keramat itu. Aku
menunggu dengan penuh debaran begitu juga dengan orang-orang di sekelilingku.
“Aku terima nikahnya Nur Hanna binti Aminuddin
berwalikan bapanya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut!” ujar Riezki.
Dengan satu lafaz aku kini sah menjadi isterinya. Walaupun tidak rela namun aku
bersyukur akhirnya aku kini sah menjadi miliknya. Airmataku mengalir tatkala
mendengar kalimah keramat yang telafaz di bibirnya sebentar tadi. Sayunya hati
ini di saat mendengar taklik yang di lafazkannya.
Riezki datang menghampiriku diiringi papa dan mummy nya.
Perlahan-lahan dia menarik tanganku sambil menyarungkan cincin emas bersulamkan
permata. Seketika kemudian tangannya pula ku raih untuk menyarungkan cincin.
Selesai upacara menyarung cincin aku menyalami tangannya. Dengan perlahan aku
mencium tangan lelaki yang kini sah bergelar suamiku. Satu ciuman hinggap di
dahiku. Aku hanya tersipu malu. Walaupun aku dapat rasakan satu getaran yang
tak pernah aku rasa sebelum ini tatkala bibirnya menyentuh dahiku sebentar
tadi. Perasaan apakah ini ya Allah…
Majlis kemudian diteruskan di rumah pengantin
perempuan. Ya…akulah pengantin perempuan itu. Abah dan ibu tak perlu bersusah
payah untuk menyediakan majlisku pada hari ini. Semua pihak Riezki yang
menyediakannya. Walapun pada awalnya abah menolak. Riezki berjaya memujak abah
dan akhirnya abah menerima pelawaan pihak Riezki yalah mana nak cekau duit nak
buat belanja kenduri nikah aku sedangkan abah aku hanya berpencen sebagai guru
penolong kanan sekolah rendah majlis pula nak di adakan dalam tempoh masa
sebulan.
Suasana di rumahku begitu meriah sekali. Sanak saudara
kami yang jauh pun datang meraikan majlisku pada hari ini. Mereka memuji
suamiku. Kedua mertuaku awal-awal lagi telah meminta diri untuk pulang. Penat
kata mereka. Walaupun aku sedar mereka sukar menerima kehadiranku terutama
mummy dan adik perempuan Riezki. Namun aku bersyukur sekurang-kurangnya mereka
hadir di majlis kami pada hari ini.
“ bertuah Anna. Dah lah cantik dapat suamipun handsome.
Akak doakan kalian bahagia dan cepat-cepat dikurniakan cahaya mata.” Ujar kak
Nor. Kak Nor ni sepupuku yang paling rapat denganku. Dia anak mak long.
Walaupun sudah berusia 35 tahun namun masih bersendirian. Jodoh tak sampai lagi
katanya apabila soal jodoh dibangkitkan. Dari raut wajahnya aku tahu dia juga
impikan sebuah keluarga. Anna doakan kak Nor cepat-cepat dapat jodoh. Ujarku di
dalam hati.
Malam baru majlis di rumahku selesai. Penatnya sampai
tidak terkata. Dengan beberapa persalinan. Walaupun tidak rela aku perlu
tunjukkan imej yang baik. Takkan aku nak memberontak. Buat malu keluarga saja.
So setakat ini aku boleh mengawal lagi emosiku. Tapi yang aku tak tahan si
Riezki tu asyik menempel saja dengan aku. ke mana aku pergi dia ikut. Cuak juga
aku dibuatnya.
Majlis selesai dengan upacara memotong kek. Namun
suasana di rumahku masih lagi meriah. Sanak saudara yang jauh memilih untuk
bermalam di rumah kami. Maklumlah nak memulakan perjalanan balik dah nak malam.
Jadi mereka memilih untuk bermalam di sini malam ni dan memulakan perjalanan
awal pagi esok. Nasib baik ni musim cuti sekolah. Kalau tak anak-anak mereka
pasti ponteng sekolah lah jawabnya.
****
Aku merebahkan badanku ke katil tanpa menyalin pakaian
dan membuka tudung. Buat seketika mataku terasa berat sangat sedar tak sedar
aku terlelap terlupa yang ketika ini aku berkongsi bilik dengan Riezki. Tanpa
aku sedari pintuku di buka dari luar.
Riezki bergerak perlahan-lahan memasuki bilik isterinya
dan kini menjadi biliknya juga. Bilik yang sederhana luas itu dihiasi cantik
sekali walaupun sederhana. Romantik suasananya. Warna putih dan merah jambu
menjadi warna tema hiasan bilik pengantin mereka. sederhana tetapi menarik.
Sambil membuka kot yang di pakainya Riezki kemudian bergerak perlahan
menghampiri katil tempat isterinya berbaring. Kot di tangannya di letak di
sisinya. Wajah mulus isterinya ditatap. Kasihnya tertumpah disitu. Comel! Pujinya
di dalam hati. Ketukkan dari luar bilik mengejutkannya.Entah berapa lama dia
merenung wajah isterinya dia sendiripun tak pasti.Perlahan dia bangun menuju ke
pintu dan memulas tombol pintu biliknya.
“ Ayah ajak Riez dan Anna makan.” Ujar along sepatah.
Sambil menjenguk ke dalam bilik kami. Aku yang terkejut dengan ketukkan tadi
turut terjaga.
“ok..Riez nak mandi dulu. Kalau you all nak makan dulu
pun tak apa kejap lagi Riez dan Anna turun bawah.” Balas Riezki di muka pintu.
“cepat tau…” pesan Along sebelum meninggalkan Riezki.
“ sayang nak mandi dulu ke nak abang mandi dulu?” soal
Riezki sambil tersenyum manja kepadaku.
“Awak pergi dululah. Anna nak rehat kejap.” Balasku
sambil berlalu ke almari dan menarik tuala bersih lalu menghulurkan padanya.
“ok…sayang tolong sediakan baju dan kain pelikat untuk
abang. Nanti kita solat maghrib sama-sama eh. Baju abang ada dalam beg kat tepi
katil tu.” Ujarnya sambil berlalu menuju ke bilik air. Tanpa aku sedari
tangannya mendarat ke hidungku. Hidungku yang tak berapa nak mancungni di tarik
geram.
“auch…sakitlah!!!” ujarku mengaduh kesakitan sambil
menggosok-gosok hidungku. Kurang asam jawa. Memang nak kena mamatni. Lantas aku
menarik bantal kecil yang ada di sisiku dan membaling ke arahnya. Apa lagi
terjengkit-jengkit lah dia berlari ke dalam bilik air. Riuh sebentar di dalam
bilikku.
“sayang comel sangat. Abang geram tu abang tarik hidung
sayang.” Ujarnya dari dalam bilik air.
“Siap kau Riezki. Keluar nanti aku ajar kau. Biar kau
tahu dengan siapa kau ajak berlawan ni.”
hatiku bermonolg sendirian. Lantas idea jahatku
menjelma.
best x sabar tunggu next n3.
BalasPadam