Khamis, 17 Oktober 2013

Novel: Izinkan Ku Ubati Rawan Dihatimu Bab 15


Bab 15

“ Riez..tambahlah lagi.” Pelawa abah apabila melihat nasi di pinggang Riezki hampir habis.

“ Anna… sendukkan nasi untuk suami kamu tu!” arah abah. Sambil menghulurkan mangkuk yang berisi nasi tambah kepadaku. Lantas idea jahatku datang. Aku terus menyenduk nasi ke dalam pinggang Riezki walaupun dia seperti keberatan. Macam bukit. Haha padan muka kau Riezki! Ini baru permulaan.

Abah dan ibu hanya menggelengkan kepala melihat kenakalankku mengenakan suamiku. Aku rasa kalau aku ni masih anak dara mau kena tarik telinga denagn ibu. Sekarang dah jadi isteri orang buat malu lah kalau masih kena macam tu beb. Riezki hanya menelan air liur melihat bukit di pinggangnya.

“tadi cakap lapar sangat…..” ujarku menutup kesalahanku. Hahah rasakan. Syaitan sedang meraikan kejayaannya menggoda aku melakukan kejahatan pada suamiku. Kemenangan di pihak aku ketika ini. Yes!!!!

Kesian juga aku melihat Riezki. Tapi habis dia makan. Mesti perut dia nak meletup. Selesai makan aku menolong ibu mengemas apa yang patut. Aish…mana pula pergi Riezki ni. Lantas aku keluar mencarinya.

“abah Nampak Riezki tak?” soalku apabila terserempak dengan abah dan pak lang sedang berbual di luar rumah. Sambil mataku
melilau mencari kelibat Riezki. Namun hampa. dia tiada di situ. Jangan-jangan dia dah masuk bilik kot. Duga hati kecilku.

“dia cakap nak masuk bilik. Penat sangat katanya.” Balas abah sambil mencucuh api rokok di tangannya. Lantas aku meminta diri untuk ke bilik mencarinya.aku berlari-lari anak menaiki tangga menuju ke bilikku.

Pintu bilikku sedikit terkuak dengan perlahan aku menolaknya. Keadaan bilik yang gelap menyukarkan aku melangkah. Dengan berhati-hati aku menyusun langkah menuju ke suis lampu yang teletak dekat dengan meja solekku. Suis lampu bilik ku tekan. Keadaan bilik kembali terang. Aku melihat sekujur tuduh Riezki sedang terbaring di atas katilku. Walaupun aku tidak rela menjadi isterinya namun tanggungjawab seorang isteri perlu aku laksanakan Lantas aku menarik selimut menutup tubuhnya. Kemudian ke almari untuk mengambil bantal dan selimut. Terpaksalah aku tidur atas lantai beralaskan karpet malam ni. Tak rela aku nak tidur sekatil dengannya.

“Sayang…sayang..kenapa tidur kat bawah?” soal Riezki sambil tangannya menarik tanganku ke katil.

“ Awak ni kenapa? Jangan ganggu saya tidur boleh tak.” Jawabku sambil menggosok-gosok mataku menahan silau cahaya lampu. Jam didinding menunjukkan ke angka 3 pagi. Geramnya aku. Orang tengah syok-syok mimpi tadi dia kacau. Memang sengaja cari pasal mamat ni.

“ Abang janji kalau sayang tidur kat katil abang tak ganggu sayang.”

“kalau awak nak tidur sangat kat katil tu tidur jelah. Saya tak kisah pun tidur kat mana-mana as long tak tidur sekatil dengan awak.”

”abang tahu sayang bencikan abang tapi jangan sampai menyeksakan diri sayang. Kalau sayang tak nak tidur sekatil dengan abang tak apa. Sayang tidur je kat katil ni. Biar abang tidur kat bawah tu. Abang sayang kat Anna. Abang tak sanggup Anna tidur atas lantai sedangkan abang selesa idur atas katil” Lirih suaranya memujukku.

“Yealah-yealah..bising betullah awak ni. Tengok jam tu pukul berapa.” Dengan perlahan aku menapakkan badanku ke katil. Dan terus menyambung kembali tidurku.

Sedar-sedar keesokkan pagi aku tengok Riezki terbaring di tepi katil tidur bertilamkan karpet. Rasa bersalah menguasaiku. Ya Allah apa yang aku lakukan ni. Ampunkan hambamu ini ya Allah. Maafkan Anna Riez. Selagi marah ini masih membara Anna tak dapat nak terima Riez dalam hidup Anna walaupun hakikatnya kita suami isteri. Dengan langkah longlai aku mencapai tuala dan menuju ke bilik air. 







Bab  16


Seminggu telah berlalu selepas majlis menyambut menantu di rumah pihak lelaki. Bukan aku tidak perasan cara mummynya memandang keluarga aku. macam jijik sangat. Yalah kami ni bukan orang kaya tak setaraf pula tu. Masih terngia-ngia pesan ibu di telingaku.

 “Anna dah jadi isteri orang kena pandai jaga diri dan nama suami. Duduk rumah mertua jangan malas-malas kena jaga nama ibu dan abah. Jangan bersikap macam budak-budak dah ok. Anna kena matan.” Pesan ibu petang itu sebelum pulang meninggalkan aku di rumah besar ini.


“baiklah bu…Anna janji.” Janjiku lantas memeluknya.


Riezki membuka pintu bilik air. Tuala yang tersarung pada badannya di longgarkan sedikit. Kemudian dia mengatur langkah ke katil. Wajah Anna yang masih di buai lena di tatapnya. Sudah hampir sebulan gadis itu menjadi miliknya. Namun hubungan mereka masih belum menunjukkan perkembangan. Bukan dia tak pernah mencuba sampai sekarangpun dia masih mencuba namun hati isterinya betul-betul keras. Riezki tersenyum sendiri melihat gaya bebas iserinya di atas katil.

“ibu…Anna rindukan ibu.” Tuturku tanpa aku sedari.

“Sayang…bangun sayang. Anna mengingau eh? Dah subuh ni. Pergi mandi cepat nanti kita solat subuh sama-sama.” Ujar Riezki sambil menarik perlahan selimut tebal yang membaluti tubuh ku. Aku yang tersedar lantas menggosok mata ku yang sedikit pedih.



Walaupun malas hendak bangun namun aku memaksa juga diri aku untuk bangun dan membersihkan diri. Pakaian di dalam almari aku capai. Sudah menjadi kebiasaan aku sejak sebulan lalu setiap kali hendak mandi pasti aku membawa pakaianku siap-siap. Bukan boleh percaya Riezki ni. Kang ada pulak yang telan air liur.

Usai solat subuh aku turun ke dapur. Sudah menjadi rutinku sejak memasuki rumah besar ini. Mak Jah lah tempat aku melepaskan bosan bila aku perlukan teman untuk berbicara. Kehadiranku ini tidak pernah di alu-alukan terutama mummy dan adik perempuannya ada saja yang tidak kena di mata dia orang apatah lagi nak di buat teman ntuk berbual. Riezki pula asyik sibuk dengan urusan di pejabat papanya. Kalau pun dia ada buat sakit hati aku saja.

Aku memperlahankan langkah kaki apabila mataku tertangkap kelibat Mak Jah sedang sibuk
di dapur. Bau nasi goreng menyengat ke dalam lubang hidungku. Dengan hati-hati aku menghampiri Mak Jah. Dia yang sedang sibuk mengacau air tidak sedar dengan kehadiranku di situ terkejut apabila aku berbisik perlahan di telinganya.

“budak…eh…budak hitam main lom…!” latah Mak Jah. Apa lagi gelak besar lah aku pagi tu dengan gelagat Mak Jah yang terkenal dengan kuat melatah itu. Riezki yang sedari tadi memerhati gelagatku tidak aku sedari.

“Ehem….” Dehem Riezki mengejutkan kami terus mematikan ketawa kami.

“Tuan Riezki…..kejap ye Mak Jah nak siapkan sikit lagi.” ujar Mak Jah sambil terburu-buru mengambil set cawan di rak kemudian di susun di atas dulang.

“ Meh Anna tolong!” pintaku sambil menatang dulung ke ruangan makan. Riezki yang sedari tadi berdiri di pintu masuk ke dapur berlalu menbontoti langkahku.

“Sayang..kejap lagi siap tau. Abang nak bawa Anna keluar.” Arahnya sedikit tegas.

Aku yang sibuk menyusun cawan di atas meja tersentak dengan arahannya sebentar tadi.
Selesai menolong Mak Jah aku naik ke bilik. Seperti biasa aku seperti orang asing di rumah besar ini. Teringat aku kali pertama melangkah ke rumah ini.

“apa dia buat di sini?” tegas soalan emak mertuaku pada ahli keluarganya. Aku yang terasa kehadiranku tidak di terima tunduk membisu.

“Riez….mummy tak ada selera nak makan kalau perempuan ni ada kat sini! Suruh Mak Jah bawa makanan ke bilik mummy. Mummy nak makan kat bilik.” Tegas kata-katanya sambil berlalu meninggalkan meja makan.

“Riesya ikut mummy!” jerit Riesya. Ibu dan anak itu berlalu menaiki tangga untuk ke bilik mereka. perasaan ku berbauk. Air mata yang sedari tadi ku tahan mulai membasahi tubir mataku. Lantasku seka dengan hujung jariku. Riezki yang setia di sisiku sedari tadi hanya mendiamkan diri menyaksikan kelakuan mummy dan adiknya terhadapku. Papa hanya menggeleng-delengkan kepala sebagai memprotes perbuatan mereka.

“Sudahlah Anna..jangan kamu ambil hati dengan sikap mummy dan Riesya tu. Lama-lama nanti dia oranag pasti menerima kamu.” Pujuk papa Riezki.

“Makanlah sayang…sayang tak makan lagikan.” Pujuk Riezki sambil menggosok-gosok belakangku tanda memujuk. Entah mengapa aku tiba-tiba menjadi sayu. Teringatkan ibu dan abah. Mereka tidak pernah melayanku begini. Aku rindukan mereka walaupun baru sehari aku di sini.

Semenjak dari itu aku pasti mengelak untuk turun makan bersama. Ada  sahaja alasanku. Sampai Riezki pun sudah cuak denganku. Aku tidak ingin melihat mereka berkelahi sesama sendiri di sebabkan aku. Aku sedar aku hanya menumpang di sini. Tidak setaraf dengan mereka. teringatkan arahan Riezki sebentar tadi akupun  berlalu menuju ke almari pakaian. Mencari pakaian yang sesuai untuk di pakai sebenatar lagi. Lantas blouse berwarna ungu keladi yang berbunga kecil dan tudung warna sedondong ku capai.

Dengan mengenakan solekan yang nipis aku merapikan pakaianku. Tidak sedar kelakuanku di perhatikan Riezki di muka pintu bilik kami. Aku sedikit kaget apabila dia mula bergerak mendekatiku.

“Cantik sayang abang!” ujarnya ikhlas sambil tersenyum manis kepadaku. Terserlah ketampanannya saat itu. Hatiku tiba-tiba rasa berdebar-debar memandang wajah kacak itu.

“Er…eh…apa..apa yang kau nak buat ni?” soalku tidak sedap hati dengan senyuman dan tindakan Riezki yang semakin hampir kepadaku. Aku mulai mengundurkan ke belakang setapak demi setapak mengelak agar tubuhnya tidak menyentuhi tubuhku sehingga ke dinding. Dan dia semakin hampir kepadaku sehingga aku tidak berupa untuk melarikan diri lagi.

“chup!”

Satu kucupan hangat singgah di dahiku. Dengan tidakku sangka-sangka tanganku bergerak menampar kuat pipinya yang putih itu.

Pang!!!!

Dia tergamam, terkesima dan terpana dengan  tamparan yang hinggap ke pipinya sebentar tadi dia berundur sedikit ke belakang lalu terduduk di birai katil. Aku juga terkejut dengan tindakan luar kawalku. Tapi bila di fikirkan balik siapa suruh dia cium aku. sendiri cari pasal. Padan muka kau Riezki. Nasib baik tidak berbekas tapak tangan aku kat pipi dia. Kalau tak habislah aku kena genyang dengan mummynya yang garang itu. Tiba-tiba perasaan takut menyelubungiku.

“ Ma…maaf..saya tak..”belum pun sempat aku mengahabiskan kata-kata dia berlalu meninggalkan aku terkapai-kapai seorang diri dalam bilik ini.

“Abang tunggu kat bawah. Siap cepat!” tegasnya lantas menutup kuat pintu bilik. Entah mengapa aku sedikit terkesan dengan perbuatannya sebentar tadi. Handbag di atas meja solek aku tarik perlahan. Dengan langkah longlai aku meninggalkan bilik tidur kami.


****

Aku pun tak tahu dia hendak bawa aku ke mana. Ikut saja lah. Aku pun bosan juga asyik berkurung saja dalam rumah. Memang bosan gila. Dah lah dia tak bagi aku bekerja nak pergi mana-mana mesti dengan dia saja. Aku pun malas nak melawan ikut sajalah. Hampir 2 jam kami berpusing-pusing sekitar di pusat bandar dia membawa aku ke taman tasik yang terletak tidak jauh dari pusat Bandar. Tapi yang tak tahannya kita orang hanya duduk dalam kereta.

“sampai hati sayang tampar abang! Sakit tau…” tuturnya memulakan bicara. Lantas tanganku dicapai.  Aku cuba melarikan tanganku tetapi dengan pantas dia menarik kembali. Tanganku di bawa ke bibirnya lantas di kucupnya perlahan.

“Demi sayang abang rela! Sayang nak buat apa kat abang buatlah.” Luahnya bersungguh-sungguh.

“Alah janji lelaki. Belum dapat macam-macam berjanji. Dah dapat nanti lain pula yang jadi.” Bisik hati kecilku.

“Jom kita keluar sayang. Ambil angin sambil release tension sayang.” Ujarnya bersahaja.

Macam mana dia boleh tahu aku tertekan. Jelas sangat ke? Mungkin dia hanya menduga. Perlahan aku melangkah keluar dari kereta. Kami menyusuri taman tasik itu. Sambil memerhatikan orang ramai yang berada di situ kami memilih untuk duduk di bawah pokok yang mengadap tasik. Cantik pemandangannya.

“Boleh abang tanya sikit tak sayang?” soalnya setelah mengambil tempat di sisiku.

“erm…tanyalah!” balasku bersahaja. Mataku masih lagi mengahayati keindahan ciptaan Allah. Matahari mula memancarkan sinarannya. Ini kali pertama kami keluar berdua setelah bergelar suami isteri.

“….boleh tak sayang terima abang dalam hidup sayang dan bagi abang peluang untuk menyayangi sayang?”

Lama aku merenung ke tengah tasik itu. Pasangan yang baru berlalu di kami lebih menarik perhatianku berbanding dengan soalan yang baru Riezki ajukan kepadaku sebentar tadi. soalnya ku biarkan sepi.

Pasangan itu sangat muda pada pandanganku namun mempunyai seorang anak dan isterinya nampak sedang hamil lagi. Si suami memimpin tangan anak mereka. budak itu meronta-ronta minta di lepaskan. Lantas si ayah melepaskan tangan anaknya. Kanak-kanak perempuan itu cuba berlari namun terjatuh dan menangis. Lalu si ibu datang dan memujuk kanak-kanak perempuan itu sambil menciunya. Si ayah juga mencium kanak-kanak itu. Bahagianya keluarga itu. Sedangkan aku….tiada jawapan untuk soalan ini.

“ sayang dengar tak abang tanya ni?” renget Riezki cuba menarik perhatianku.

“awak  tanya apa tadi?” soalku kembali. Walaupun aku sudah boleh menerima panggilan sayangnya yang dia gunakan untuk memanggilku namun aku masih lagi ber”saya” “awak” dengan. Bukan tidak menghormatinya sebagai suami aku. namun aku masih belum boleh menerima.

“abang tanya….boleh tak sayang terima abang dalam hidup sayang dan bagi abang peluang untuk menyayangi sayang?” balasnya mengulang kembali soalannya tadi  kepadaku. Ada nada kesal dari tutur katanya.

“semua ini berlaku terlalu cepat bagi saya. Saya harap awak boleh bagi saya masa. Insyaallah kalau di izinkannya awak akan kenal siapa saya. Dan andai ada jodoh kita dan masa itu pintu hati saya  telah bersedia untuk menerima awak dalam hidup saya. saya akan terima dengan hati yang terbuka dan rela.” Terangku meminta pengertiannya.

“kalau ini yang sayang inginkan. Abang sanggup tunggu sayang. Ambillah seberapa banyak masa yang sayang perlukan. Abang akan tunggu sayang sampai akhir hayat abang. I’m really love you! Hope that you will accept me as your husband.”

“I hope so…..” balasku perlahan.

Kelukaan ini terlalu dalam Riezki untuk di ubati. Hati ini masih lagi berdarah. Aku tidak pasti sampai bila engkau akan sanggup menunggu diri ini. Andai satu hari nanti engkau ingin berlalu dari hidup ini Aku relakan. Aku tidak mampu untuk menjanjikan bulan dan bintang, Aku tak mampu untuk membalas cintamu. Aku hanya boleh berdoa semoga suatu hari nanti ada sinar akan menyinari hubungan kita.

****

Sementara itu di kediaman besar milik Datin Zuraidah di datangi tetamu yang tidak di duga kehadirannya. Seseorang yang amat Datin Zuraidah rindui dan sayang. Walaupun tetamu itu pernah melakukan perkara yang tidak sepatutnya namun kasih sayangnya terhadap anak gadis itu tidak pernah berubah.

“Maafkan Tasya auntie! Tasya tahu Tasya telah lukakan hati auntie!” ujar Tasya sambil memeluk tubuh Datin Zuraidah.

“Auntie dah lama maafkan Tasya sayang. Ke mana kamu menghilangkan diri selama ini. Puas kami cari.” Soal Datin Zuraidah sambil membalas pelukkan anak saudara kesayangannya.

Kasihnya tertumpah pada gadis itu sejak dahulu lagi. Walau apa yang gadis itu lakukan sedikitpun tidak berbekas di hatinya. Padanya Tasya adalah jodoh terbaik untuk anak lelaki tunggalnya jika hendak dibandingkan dengan menantunya kini. Selain cantik dan pandai bergaya Tasya berkelulusan luar negara seperti anak lelakinya. Mereka cocok andai di gandingkan jika di bandingkan dengan Anna. Tidak pandai bergaya. Hanya berbaju kurung. Dan hanya berkelulusan universiti tempatan. Jauh beza. Dia akan pastikan Riezki dan Tasya di satukan walau apapun yang terjadi. Datin Zuraidah menanam tekad di dalam hatinya.

“Jom masuk sayang. Riesya pun dah lama nak jumpa Tasya. Dia tengah bercuti sekarang ni.” Pelawa Datin Zuraidah sambil menarik tangan Tasya masuk ke dalam kediamannya.

“duduk lah sayang. Auntie panggil Riesya sekejap.” Pesan Datin Zuraidah lalu berlalu meninggalkan Tasya sendirian di ruang tamu. Sekejap kemudian Mak Jah datang menatang dulang yang berisi jus epal.

“minumlah cik Tasya.” Pelawa mAk Jah berbasi.

Lantas jus epal yang terhidang di hirupnya. Matanya meliar mencari kelibat Riezki dan isterinya. Hatinya begitu sakit memikirkan insan yang amat dicintainya menjadi milik orang lain. Dia tahu memang dia bersalah. Tapi Riezki yang memulakan semua itu. Kehadirannya kini untuk merampas kembali miliknya. Riezki akan jatuh ke tangannya. Dia akan memujuk auntienya. Kali ini di perlu bijak memainkan wataknya. Rancangan pertamanya berjalan lancar. Dia sudah mendapatkan kemaafan dari auntienya. Sekarang dia perlu mengatur rancangan kedua. Dan rancangan itu ialah….

“Hai kak Tasya….” Sapa Riesya manja. Dia berlari anak memeluk kakak sepupu kesayangannya. “ cantiknya akak pakai macam ni!” puji Riesya apabila kali pertama melihat penampilan sopan Tasya. Padanya mungkin Tasya telah berubah. Tidak lagi mengenakan pakaian yang seksi seperti dulu. Dan dia menyukai imej baru Tasha ini. Berbaju kurung moden yang sedikit mengikut bentuk badan dan bertudung Fareeda. Cantik dan menawan.

“ akak dari mana ni?” soalnya sambil mengambil tempat duduk mengadap Tasya.

“Dari rumah. Saja datang jumpa auntie dan Riesya.” Jawabnya berpura-pura.

“akak tau tak Riesya kecewa sangat  bila abang tak jadi nikah dengan akak sebaliknya bernikah dengan perempuan tu. Bencinya Riesya melihat dia. Dah lah macam orang kampung. Tak layak langsung dengan abang Riez. Mummy pun tak suka kan perempuan tu!” ngadu Riesya kepada Tasya.

Ini peluang aku. aku akan gunakan Riesya untuk membantu aku memiliki Riezki.

“Akak minta maaf Riesya. Ini semua salah akak. Kalau akak tak…..semua ini takkan berlaku.” Suara Tasya mula bergetar. Air matanya mulai menitis.

“Riesya dan mummy tak pernah salahkan akak. Semua ini salah abang perempuan tu. Dia yang goda abang sampai abang masuk perangkap dia!” pujuk Riesya. Padanya kesalahan Tasya tidak seberapa jika hendak di bandingkan dengan kejahatan yang kakak iparnya lakukan. Walaupun mengetahui kebenarannya. Tapi pada dia kakak iparnya yang memerangkan abangnya sehingga abangnya terpaksa menikahi dia. Pasti abangnya terkena ilmu guna-guna. Kalau tidak mana mungkin abangnya akan memilih perempuan itu menjadi isterinya.

“Riesya janji kak. Riesya akan pastikan abang menjadi milik akak! Bukan perempuan itu!” tegasnya.

Kenyataan yang baru didengarnya benar-benar membuat hatinya melonjak-lonjak kegembiraan. Rancangan keduanya hampir berjaya. Dengan bantuan Riesya dia akan pastikan perempuan yang merampas kekasihnya dihalau keluar dari rumah ini. Dan dia akan memastikan perempuan itu tidak akan pernah kembali lagi ke sini selepas dihalau keluar nanti.







1 ulasan: