Selasa, 12 November 2013

Novel : Izinkan Kuubati Rawan Dihatimu Bab 19


Bab 19



Kring……kring…….kring….deringan jam loceng mengejutkan aku dari lena ku yang panjang. Lantas dengan kudrat yang masih tersisa aku menggerakkan tanganku mencari jam di atas meja di tepi katilku dan mematikan bunyi bising tadi. Sudah tiga hari aku demam tapi belum Nampak tanda-tanda mahu surut demam ni. Kepalaku terasa semakin memberat. Walaupun begitu selera makanku bukan main lagi.

Apa yang tak kena dengan aku ni. Mengandung ke? Ish tak mungkin lah. Mana nak ada isi kalau aku dengan Riezki tak pernah bersama walaupun kami suami isteri.

“sayang bangun…” kejut Riezki perlahan.

“dah subuh eh?” soalku lemah.

“ya…sayang nak mandi ke?” soalnya sambil menarik tuala ku yang tersidai diampaian di tepi almari.

“mandi kot biar segar sikit rasa badan ni.” Balasku lemah.

“Anna nak abang mandikan?” soal Riezki sambil tersenyum sumbing.

“no thanks. Saya masih mampu lagi nak mandi sendiri. Tak perlu susahkan diri awak tuk saya.”

“tak susahpun.” Balasnya sambil menolong aku berdiri.

Dua puluh minit kemudian baru aku keluar dari bilik air. Terasa segar sedikit bila air dingin membasahi tubuhku subuh ni. Syukur Alhamdulillah aku masih diberi peluar untuk terus bernafas dibumi mu ini ya Allah. Semoga aku cepat sembuh dari demam ni.

“lama sayang mandi. Abang ingat kalu sayang tak keluar juga tadi abang nak rempuh masuk je.”

“awak buang tabiat ke?. Soalku tidak puas hati dengan apa yang aku baru dengar tadi. Tak dapat aku nak bayangkan kalau dia merempuh masuk balik air dan Nampak apa yang tidak septutnya dia lihat. Tidak!!! Jeritku perlahan.

“apa yang tidaknya?” soalnya kembali padaku.

Tersentak dengan soalanya aku berlalu meninggalkannya dengan tanda tanya. Malas nak layan. Makin dilayan kang makin sakit kepala aku nanti.


*****

“Macam mana keadaan isteri saya doctor?” soal Riezki sedikt cemas.

“oh..dia tak ada apa-apa. Encik tak perlu risau. Dia perlu banyak berehat sahaja. Badannya lemah sedikit. Suhu badannya agak panas. Tapi tak perlu risau. Nanti ambil ubat dekat depan ok.” Ujar doktor yang separuh abad itu. Sambil mencatatkan sesuatu di atas kertas yang ada di atas mejanya.

“tapi yang dia muntah-muntah tu doktor? Soal Riezki lagi tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan docktor sebentar tadi.

“owh…isteri encik ada gastrik. Di sebabkan dia tidak makan apa-apa sejak semalam tu yang menyebabkan dia muntah-muntah.” Jelas  doktor itu lagi sambil tersenyum melihat gelagat Riezki yang sangat bimbangkan keadaan aku ketika ini.

Dalam perjalanan pulang ke rumah Riezki hanya diam membisu. Pelik. Biasanya ada saja soalan dan ceritanya. Kami hanya melayani lagu-lagu yang dimainkkan di corong radio di dalam keretanya sepanjang perjalanan itu. Perasaan asing sekali. Mungkin dia mahu member aku peluang untuk berehat.

“sayang…sayang…” kejutnya perlahan.

“erm…” sahutku manja.

“dah sampai rumah…”

“dah sampai eh?” soalku kembali. Entah bila aku terlelap pun aku tak pasti. Sedar-sedar kami sudah di perkarangan rumah besar ini.

“jom…” ajaknya ringkas.

“awak masuk dululah..nanti saya ikut.” ujar lemah.

“no!” tegas Riezki. Ni kali pertama aku lihat Riezki tegas dengan aku.

“jom abang bantu sayang. Jangan degil. Kalau jatuh tangga nanti macam mana. Nanti apa abang nak jawab pada ibu dan abah sayang. Lagi pun sayang masih lemah lagi.”

“tapi….” Aku bersuara lemah.

“tak ada tapi-tapi. Jangan nak bangkang arahan abang.” Tegasnya sambil menarik tanganku keluar. Dengan tidak semena-mena tubuhku tiba-tiba. Tidak seimbang sehingga mendorong badanku ke depan.

“argh……..”jeritku panjang. Dalam sekelip mata badanku mendarat atas badannya dan dengan tidak sengaja bibir kami bertaut. Suasana jadi senyap seketika. kami seperti terpaku di situ. Tidak sedar yang kejadian yang menimpa kami ketika itu sedang diperhatikan oleh sepasang mata.

Tiba-tiba aku seperti tersedar dari mimpi yang panjang. Cepat-cepat aku bangun.


“sorry…” ucapku sepatah.

Dan aku berjalan meninggalkan Riezki yang masih terbaring kaku tidak berganjak dari tempat tadi. Aku seperti mendapat kekuatan berlari anak menaiki tangga menuju ke bilik kami.

“wah….kalau pun nak buat drama buatlah kat dalam bilik. Takkan nak tayang bagi satu keluarga tengok kot.” Tiba-tiba satu suara menerjah ke gegendang telingaku. Aku tahu siapa pemilik suara tu.

Aku hanya diam membisu. Malas aku nak menjawab balik. Nanti di katanya aku menantu yang kurang ajar. Almaklumlah aku ni bukan menantu pilihan. Ada sahaja yang tak kena di mata ibu mertuaku.

“hey perempuan miskin…kau jangan ingat kau dapat goda anak aku kalau akan senang lenang dalam rumah aku. aku akan pastikan kau akan berambus dari rumah aku.” kasar kata-katanya di lemparkan kepadaku namun aku masih diam membisu.

“dan satu lagi kalau kau aku dah benci jangan harap aku akan terima zuriat dari keturuan kau. Kau tu tak setaraf denagn keluarga aku.” ujurnya lagi sebelum berlalu meninggalkan aku.

Air mata yang aku cuba tahan sebentar tadi berlari laju di tubir mata beningku. Lantas dengan perlahan aku seka. Ya Allah semoga aku akan tabah meniti hari-hariku sebagai isterinya walaupun aku tidak mencintainya. Dengan langkah longlai aku masuk ke dalam bilik dan membaringkan badanku ke katil.

Kipas yang sedang berpusing di syiling aku pandang sepi. Tiada perasaan. Fikiranku melangkau jauh entah ke mana. Entah dari bila lagi Riezki memasuki bilik aku tidak pasti.

“Sayang dah tidurke? Soalnya yang sedang berbaring di atas sofa yang terletak tidak jauh dari katilku.

“dah…”balasku pendek.

“aik kalau dah tidur mana boleh jawab. Soalnya pelik.

Soalannya aku biarkan sepi. Fikiranku masih kosong. Tiba-tiba aku teringatkan kerja di ofis sudah hampir seminggu aku bercuti. Lusa aku akan memulakan kembali tugasku. Pasti bertimbun-timbun dokumen yang perlu aku bereskan. Habuan cuti lama sangat. Nah ambil. Aku bermonolog sendiri.

1 ulasan: