Bab 10

Lamunan ku sebentar tadi dikejutkan dengan deringan
telefon bimbitku. Cepat-cepat aku memasukkan tangan ke dalam handbag aku.
Tanganku pantas memainkan peranannya mencari telefon bimbitku dan menariknya
keluar. Tertera nama seseorang orang aku benci pada skrin telefonku. Terasa
malas untuk menjawab panggilannya. Sikapnya yang tidak berputus asa menghubungi
ku membuat aku mengalah lalu menjawab panggilannya.
“Helo sayang! Anna kat mana? Puas Riez cari Anna. Call
pun tak angkat.”soalnya bersungguh-sungguh.
“Erm…ada jea. Dah sampai rumah pun!” jawabku acuh tak
acuh.
“Kenapa tak tunggu Riez. satu mall Riez pusing cari
Anna. Sampai hati Anna buat Riez macamni. Kalaupun nak balik call lah Riez.
Riez boleh hantarkan.” Ujarnya. Ada nada kecewa pada kata-katanya.
“Ok! Well dah tahukan Anna dah sampai rumah. So Anna
letak eh.assalamualaikum….!!!” jawabku. Tanpa menunggu lebih lama aku menekan
butang merah pada telefonku. Puas hati aku.
Cuaca petang ini agak redup. Mungkin malam ni hujan
ramalku dalam hati. Akibat terlalu penat aku merebahkan badanku ke tilam. Tidak
semena fikiranku terbayangkan kenangan indah bersama abang kesayangku..ya
along. Mungkin sebab jarak umur kami tidak jauh menjadikan kami rapat. Pernah
sekali adik bongsu aku merungut melihat keakraban kami sehingga sering kali
menyisihkan dia. Bunyi petir yang sedang sabung menyabung dekat luar rumah
mengejutkan aku. lantas aku bangun dan berdiri di tepi tingkap bilikku. Deraian
hujan mulai menitis menyembah bumi. Anak-anak jiranku yang masih kecil
berkejaran di dalam hujan. Penuh gelak ketawa. Tiba-tiba gelak ketawa mereka
hilang apabila ibu mereka keluar dan menyuruh mereka masuk ke dalam rumah.
Dum..!!!!dum…!!! mak!!!!!!! Jeritku kuat lalu berlari
menuju ke katil dan menukup muka ke bantal. Fuh…kurus semangat aku. agak lama
aku menekup muka ku ke bantal. Perlahan-lahan aku bangun dan bersandar pada
dinding di tepi katil bujangku. Aku melirik ke arah tingkap. Hujan masih lagi
lebat. Tiada tanda-tanda mahu berhenti.
Manalah abah dan ibu pergi ya. Dah nak malam ni.
Rungutku sendirian. tanganku ligat mencari nombor telefon abah di dalam
telefonku dan menekan butang panggil. Agak lama menunggu suara abah kedengaran
dicorong telefonku.
“helo…assalamualaikum abah. Abah dan ibu kat mana?”
soalku sedikit cemas.
“Abah dan ibu dekat Rawang ni. Rumah pak long. Tadi mak
su telefon abah cakap pak long sakit. Abah lupa pula nak bagi tahu Anna.” Jawab
abah.
“teruk ke abah?”
“teruk tak teruk…ala sakit orang tua Na..abah dan ibu
tak balik malam ni.”
“Jadi abah dan ibu tak dapat nak pergi rumah Riezki ya?” soalku lirih.
“a’a…Anna kirim salam kat mak ayah dia ya. Cakap abah dan ibu ada
kecemasan.” Tambah abah lagi
“erm..baiklah bah…kirim salam pada semua yang ada kat sana eh!
Assalamualaikum….” Tut…tut…talian telah diputuskan.
Semangatku terasa di bawa terbang tatkala terfikir terpaksa bersendirian
berdepan dengan ahli keluarga Riezki. Macam manalah penerimaan mereka nanti.
Siang tadi aku sudah berhadapan dengan Datin Zuriadah. Cara dia melayan aku
seperti tidak mengalu-alukan kehadiranku dalam keluarganya. Memang aku tak
pernah cintakan Riezki dan perkahwinan kami nantipun kerana terpaksa tapi bila
memikirkan aku terpaksa berhadapan dengan orang yang tidak menyukai aku.
Perasaan tidak enak muncul. Entah macam manalah hidup aku selepas ini. Semoga
aku kuat hadapi semua itu nanti. Yang pasti aku akan gunakan situasi ini untuk
memusnahkan Riezki.
****
“Helo…assalamualaikum sayang. Riez dah ada kat bawah ni. Sayang dah siap
belum?” soal Riezki sambil membetulkan kedudukkannya di dalam kereta. Matanya
melirik pada cermin depan melihat penampilannya malam ini. Agak yakin dengan
penampilannya dia tersenyum sendirian. kemeja biru gelap bertangan panjang
serta berseluar jeans. Penampilannya nampak santai walaupun berpakaian kasual.
Melihat buah hatinya keluar dari pintu pagar dia cepat-cepat keluar dari perut
kereta porsche cayenne hitam miliknya.
Alangkah terpengunnya Riezki tatkala melihat Nur Hanna. Walaupun hanya
berkebaya labuh dan bertudung serta mengenakan solekkan yang nipis namun ia
cukup menyerlah keayuan gadis itu. Penanpilan Nur Hanna malam ini cukup
memukau.
“hem…shall we?” ujarku apabil melihat Riezki seperti patung cendana tidak
bergrak.
“oh…yes…yes. I’m sorry!” bagai terkena renjatan elektrik dia berlari anak
membuka pintu kereta untukku.
Malam ini cukup dingin sekali mungkin sebab hujan petang tadi. Di tambah
pula dengan penghawa dingin yang di pasang menambahkan lagi kedinginan. Aku
memeluk tubuhku yang tersarung kebaya labuh. Macam manalah penampilanku nanti
dihadapan mereka. Ah.. biarlah mereka nak kata apa. Yang penting aku bahagia
dan puas hati dengan penampilanku selama ini. Tak payah nak peduli sangat cakap
orang. Yang merananya kita kalau terlalu nak mengikut cakap orang. Bisik
hatiku.
“cantik sayang Riez malam ni…”pujinya sambil melirik sekilas kepadaku. Ada
segaris senyuman di bibir merahnya yang sukar untuk aku tafsifkan. Malas aku
nak layan.
Menyampahnya aku tengok mamat kat tepi aku ni. Dia ingat aku ni makan
dengan pujian ke. Sorilah..pujian tu tak sedikit pun dapat melembutkan hati
aku. aku takkan lupa segala perbuatan kau pada aku.bisik hatiku sambil
menghadiahkan jelingan tajam padanya. Aku
hanya mendiankan diri sepanjang perjalanan ke rumahnya. Walaupun dia cuba
menarik perhatianku dengan cuba berbual-bual denganku namun aku lebih memilih
mendiamkan diri. Aku harus bersabar menahan amarah di hatiku. Sabar Nur Hanna….pujuk
hatiku.