Bab 17
“kenapa awak sukakan saya?” soalku tiba-tiba pada Riezki pada satu
petang.
“kan abang dah cakap kat sayang. Sayang dah lupa?”
soalnya kembali.
“ada ke? Tak pernah rasanya. Kalau ada takkan saya nak
tanya lagi. Buat abis air liur saya aje.” Getus suara hatiku. Aku membuang
pandangan jauh ke depan. Namun kosong.
“jauh termenung sayang! Teringat kat pakwe lama ke?”
bisiknya ditelingaku. Perlahan namun cukup menggetarkan naluriku sebagai
wanita.
“Mana ada..siapalah nak kat saya ni. Dah la tak lawa
kasar.” Jawabku bersahaja. Perlahan aku mula menjarakkan diriku darinya. Entah mengapa aku rasa
seperti hendak merajuk apabila soalanku tidak di jawab. Lantas membawa diri ke
beranda.
“kenapa ni….abang tengok sayang termenung je dari tadi!
Sayang ada masalahke?” soal Riezki
“ Tak ada apa-apalah.” Jawabku acuh tak acuh.
“Jangan nak tipu abang. Walaupun kita tak seperti suami
isteri yang lain namun abang kenal isteri abang macam mana.” jelasnya.
“susah sangatke nak jawab soalan saya tadi?” tegasku
tiba-tiba.
“o..patutlah wajah sayang semacam. Abang tak jawab
soalan sayang rupanya. Maaf sayang. Betul sayang nak tahu ni? Sayang janji
jangan marah tau!”
Aku hanya mengangguk tanda mahu mendengan jawapan
darinya. Aku harap jawapannya ikhlas.
“Abang pun tak tahu apa sebabnya. Yang pasti setiap
kali kita berbual walaupun hanya melalui mesej abang terasa dekat sangat dengan
Anna. Abang rindu kalau tak berbual dengan sayang. Namun macam sayang selalu
bagitahu pada abanglah. Jangan terlalu mengikut perasaan. So abang pendam
sahaja perasaan abang. Sehinggalah abang dapat tahu bekas tunang abang ada
lelaki lain belakang abang. Memanglah abang tak ada perasaan padanya. Tapi
tipulah kalau abang tak marah. Dia tunang abang. Bakal isteri abang!”
Aku hanya mendiamkan diri. Hanya sesekali menganggukkan
kepala mendengar ceritanya. Perasaan ingin tahuku tidak terbendung lagi. Tatkala
itu sang matahari mula mengucapkan selamat datang pada sang malam. Burung-burung
sudah berarak pulang ke sarang masing-masing. Sekejap lagi malam akan menjelma.
Aku cuba merenung wajah redup lelaki
yang ada di depanku. Mata kami bertentang. Lama. Namun aku kalah. Lantas aku
tertunduk malu.
"then.....?."soalku tidak sabar. Selain itu cuba menutup perasaan malu yang mula bertandang
dalam diriku
“kita sambung malam ni pula eh sayang.” “
Aku mula memuncungkan bibir sebagai tanda protes. Anna
nak dengar lagi. Tak boleh ke habiskan terus. Cerita sekerat-sekerat.
Dah senja ni. Tak elok duduk kat luar. Abang janji
malam nati abang cerita lagi. Jom lah sayang.” Pujuknya.
Aku hanya membatukan diri.
“sayang nak masuk sendiri ke nak abang dukung baru nak
masuk?” ugutnya apabila aku masih tidak berganjak dari tempat aku berdiri tadi.
“Jom lah sayang…”pujuknya sambil menarik tanganku
dengan lembut menuju ke penjuru katil. Entah apa yang menrasuk aku lewat senja
ini aku menurut sahaja ajakkannya tanpa ada bantahan seperti yang aku selalu
lakukan.
“abang janji..malam ni abang cerita semua kat
sayang…tapi sekarang abang nak mandi”bisiknya perlahan di telingaku sebelum
berlalu ke bilik air dan hilang dari pandanganku. Aku buat muka cuak. Tak puas
hati betullah. Perasaan ingin tahu membuat aku tak sabar. Lantas aku merebahkan
badan ke tilam sementara menunggu giliran untuk mandi.
****
“Aduh penatnya!” rungut Iskandar sendirian. Suasana
yang sepi di rumahnya mala mini mencurian perhatiannya. Matanya meliar mencari
kelibat mak nya. Kesunyian di hatinya semakin terasa sejak akhir-akhir ini.
Sungguh dia rindukan arwah isterinya. Walaupun tidak sampai setahun mereka
hidup sebagai suami isteri.
“abang rindukan Ain…..”bisiknya perlahan. Jiwa
lelakinya menangis. Namun dia harus redha. Mungkin inilah balasan yang harus
dia terima kerana mengecewakan dan menghancurkan impian insan yang tulus
mencintainya.
Nur Hanna….
Dengan langkah longlai dia berlalu meninggalkan ruang
tamu rumahnya menuju ke bilik tidurnya.
“lambat balik hari ni Is?” soal mak nya yang tiba-tiba
muncul dari belakang.
“eh…mak!” ujar Iskandar sedikit kuat.
“Is buat over time tadi. Banyak dokumen nak kena
siapkan hari ni juga. Mana angah dan adik?” soalnya perlahan.
“Angah dan adik mana lagi kalau tak main futsal. Man
nak balik awal. Habis je waktu kerja terus ke tempat tu. Entah apa yang
seronoknya mak tak tahulah. Masing-masing umur dah lanjut tapi tak juga nak
berumah tangga. Asyik main je” Rungut mak nya.
“adalah tu mak… dia orang muda lagi.” Balas Iskandar
membela kedua adik kembarnya itu. Baginya mereka masih muda masing-masing baru
berumur 24 tahun. Lagi pun mereka baru tamat belajar dan bekerja. Biarlah
mereka berseronok dahulu sebelum terikat dengan ikatan perkahwinan.
best nak lagi...
BalasPadam