Ahad, 17 Mac 2013

Novel: Izinkan Ku Ubati Rawan Dihatimu Bab 6



 “Selamat malam sayang..sweet dream….” Satu pesanan ringkas di hantar ke telefonku sebentar tadi.

Mungkin lama menunggu aku tidak membalas mesejnya dia mengambil keputusan menghubungiku.

Memang nak kena sound mamat ni. Tak faham-faham lagi ke aku cakap tadi. Lantas aku menekan punat hijau.

“Hello!awak ni kenapa hah. Tak faham-faham lagi saya cakap tak nak..tak naklah!!!” tegasku tanpa memberi peluang pemanggil itu bersuara. Dengan sekali tekan saja talian itu terputus. Puas hati aku.

Sekali lagi nada dering telefonku berbunyi menjerit-jerit meminta di jawab. Dalam keterpaksaan aku menjawab panggilan itu.

“amboi Anna garangnya dia dulu tak macam ni pun” Suara si pemanggil itu apabila aku mennjawab panggilanya.

“Awak ni siapa? Macam mana tahu nama saya?” soalku bertubi-tubi.

“Orang dah tak kenal kita tak palah. Tadi siapa yang hantar Anna balik?” soal pemanggil itu lagi tanpa menjawab soalanku sebentar tadi.

Siapa pula mamat ni. Nak kata Riezki suara dia tak garau macam ni. Aku bermonolog sendirian tanpa mempedulikan pemanggil itu. Tapi seperti aku pernah dengar suara ni
Takkanlah dia…..

“Helo cik Anna…baiklah saya bagi tahu.” Ujar pemanggil itu apabila cuak dengan layanan aku yang tak berapa nak layan panggilan dia.

“abang Is lah sayang…dah lupa kat abang eh.” Duga pemanggil itu selepas memperkenalkan dirinya.

Bukankah Iskandar yang ku kenal dulu sudah menjadi suami orang. Dia sanggup meninggalkan aku dua tahun dulu sedangkan tinggal dua minggu saja lagi kami akan di satukan semata-mata hendak mengahwini isterinya sekarang. Malunya ibu dan abah masa tu. Apa orang kampung tak cakap pasal aku. semuanya kami sekeluarga telan. Dan akhirnya kami mengambil keputusan berpindah ke sini. Bukan mudah untuk aku melupakan dirinya ketika itu. Dan kini dia muncul kembali dalam hidupku.Mimpi apakah dia sehingga tergerak hatinya untuk menghubungiku.

“Maaflah Anna tak cam suara Is td. Ada apa eh?” soalku berbaki.

“Saja jea abang nak tanya khabar…sebenarnya abang nak minta maaf pada Anna. Abang tak bermaksud hendak melukakan hati Anna dulu. Abang harap sangat Anna dapat maafkan abang.”

“Erm…tak apalah abang Anna dah lama maafkan abang. Anna doakan Abang dan isteri bahaggia sampai bila-bila. Anna tak pernah simpan dendam pun, Anna redha bang…mungkin abang memang bukan tercipta untuk Anna.” Balasku berterus terang.

“Isteri abang sihat? Dah berapa orang anak?”

“Sebenarnya Anna hubungan kami tak panjang. Kami terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas beberapa bulan menjadi suami isteri. Masa tu isteri abang tengah hamil lima bulan anak pertama kami. Allah lebih sayangkan dia. Dia meninggal dalam kemalangan tu dan abang koma. Hampir setengah tahun jugalah. Sedar-sedar mak abang bagitahu isteri abang meninggal dalam nahas tu. Bertambah sedih lagi anak abang pun turut terkorban. Dan abang tak sempat menatap wajahnya untuk terakhir kali apatah lagi menciumnya. Mungkin inilah harga yang perlu abang bayar di atas kesalahan yang abang lakukan pada Anna dan keluarga Anna. Walau Is menangis air mata darahpun sekalipun abang takkan mampu mengundurkan masa dulu. Maafkan abang Anna…..” sayu suaranya kedengaran di corong telefon.

Aku tergamam mendengar ceritanya. Selepas dia tinggalkan aku dulu aku dah tak nak dengar apa-apa pun cerita tentang dirinya. Sehinggalah sekarang dia menghubungiku. Baru aku mengetahuinya. Menderita sungguh hidupmu abang Is.aku tak pernah mendendami dirinya walaupun aku pernah marah dan kecewa kerana perbuatannya itu.

“Maafkan Anna. Anna tak tahu semua tu.”

“Tak apalah Anna. Sebenarnya sudah lama abang nak hubungi Anna. Tapi abang takut Anna tak nak cakap dengan abang. Lama abang cari Anna. Abang pergi rumah lama Anna tapi jiran Anna cakap Anna dah pindah. Abang menyesal buat Anna seperti itu.” Ujarnya bersungguh.

“ Tak apalahlah bang tak ada sesiapa pun minta semua tu terjadi. Memang dulu Anna terluka sangat. Tapi Anna redha. Mungkin Anna kuat tu Allah uji Anna dengan semua tu.” Balasku memujuknya.

“Terima kasih Anna. Tadi siapa yang hantar Anna.?” Soalnya kembali.

“Oh..tu tunang Anna!” Ops terlepas cakap pula. Matilah aku kalau Riezki tahu. Mesti berbunga-bunga hati dia. Aik mana dia tahu ada orang hantar aku tadi. Dia tahu ke tempat tinggal aku sekarang.Pelik ni…entah-entah dia intip aku. bisik hatiku.

“O…patutpun. Abang terserempak dengan sepupu Anna minggu lepas dia yang bagi alamat Anna kat abang.kalau tak silap abang Mazlan. Tu abang ingat nak jumpa Anna. Mungkin dah tak ada peluang kot. Anna pun dah jadi tunang orangkan. Minggu depan mak abang buat kenduri Anna datanglah. Bawa tunang Anna tu sekali abang nak ucapkan tahniah pada dia sebab bertuah dapat kekasih sebaik Anna.”

“Insyaallah….” Jawabku walaupun aku tak pasti dapat pergi ke sana apatah lagi membawa Riezki. Apa pula kata mamat tu kalau aku bawanya ke sana.

“ Erm ok lah nanti kita berbual lagi eh. Assalamualaikum!”..panggilan di putuskan.

“wa….alaikummusalam” Tut…tutt ….tak sempat aku nak wajab salam talian dah di putuskan.

Punya lah lama rasa aku berbual dengan mamat tu baru pukul 10.30 rupanya. Wah…penatnya macam-macam berlaku pada aku hari ini. Kemunculan Riezki dan Iskandar  dalam hidupku hari ini tidak pernah aku harapkan. Ya Allah aku berserah hanya kepada mu. Semoga hari esok hidupku lebih baik dari hari ini dan semalam.

****

“ Riez pergi mana ni? Lama Tasha tunggu Riez tadi.” Soal mummynya apabila Riezki menatap ke dalam villa yang tersergam gah dengan susun atur yang mewah.

Cita rasa Datin Zuraidah memang tinggi. Begitu juga dalam pemilihan menantunya. Dia tidak mahu sebarangan gadis menjadi menantunya. Akhirnya puteri tunggal abangnya menjadi pilihannya. Walaupun Riezki tidak bersetuju dengan pilihannya itu. Baginya Tasha memiliki semua karekter yang dia mahukan selama ini. Dato Rizal hanya mengikut sahaja kata isterinya walaupun dia juga tidak berkenan dengan perangai Tasha yang sangat sosial itu.

Majlis pertunangan dia dengan Tasha berlangsung dengan sangat meriah. Tasya anggun mengenakan pakaian rekaan pereka fesyen terkenal tanah air Ezuan Ismail. Tapi sedikitpun menarik minatnya. Dalam hati berbakul-bakul dia menyumpah Tasha. Belum pun majlis selesai dia angkat punggung berlalu dari situ. Meluat dengan perangai ngada-ngada Tasha.

”Riez mummy tanya ni…tak dengar ke?” soal mummynya sedikit keras apabila anak tunggalnya tidak mengendahkan soalannya sebentar tadi.

“Riez keluar dengan Johan tadi. Ada kerja sikit.” Bohongnya pada mummynya. Kalau mummy tahu aku keluar dengan perempuan lain selain Tasha habislah. Tapi kali ini dia nekad. Nur Hanna harus menjadi miliknya walaupun mummy menghalangnya. Dia yakin Anna adalah wanita yang terbaik untuk di jadikan suri di hatinya.

“Papa mana?” soalnya apa bila dia tidak melihat kelibat papanya di ruang tamu ketika itu.

“Ada dinner dengan Tan Sri Salim katanya.”

“ Yeake.. nape mummy tak ikut? Ntah-ntah papa keluar dengan perempuan lain.” Ujarnya dengan niat hendak menyakat mummynya. Dia tahu papanya jenis yang setia pada mummynya. Walaupun sudah hampir tiga puluh lima tahun mendirikan rumah tangga. Papanya tetap romantik dan setia melaya kerenah mummynya.

“kamu jangan nak mengada-adakan cerita lah Riezki. Pergi mandi!” arah mummynya apabila melihat Riezki masih lagi nak mengenakannya dengan cerita yang bukan-bukan. Dia percaya suaminya bukan seperti lelaki lain. Dia bersyukur kerana mendapat suami yang romantik dan setia melayan kerenahnya walaupun kadang-kadang dia agak emosi. Tapi suaminya sabar di sisinya.

Belum pun sempat dia memberitahu tentang kedatangan Tasha siang tadi Riezki sedah jauh meninggalkannya sendirian di ruang tamu itu. dia hanya mampu tersenyum melihat gelagat anak teruna tunggalnya. dia berharap sangat Riezki dan Tasha disatukan nanti.

Sabtu, 16 Mac 2013

Novel: Izinkan ku Ubati Rawan Dihatimu Bab 5



Kami tiba di Restoran Fullhouse dekat Wangsa Walk. First t aku sampai. Cantik dekorasinya ala vintage sikit. Comel sangat sesuai untuk pasangan bercinta. Dia berjanji tidak akan melakukan perkara yang tidak elok kepadaku. Kami mengambil tempat di satu sudut yang agak jauh sedikt dari pelanggan lain.

“Riez minta maaf sebab buat Anna macam ni. Tapi Riez tak ada pilihan lain.” Ujarnya memecahkan kebisuan antara kami  ketika itu. Sambil memandang tepat ke dalam anak mataku.

“ Anna tak tahu nak cakap apa. Semua ini mengejutkan Anna.” Balasku bersahaja. Sambil membelek manu yang ada di tangan. Selesai membuat pesanan aku meminta diri untuk menghubungi keluargaku takut mereka risau dengan kelewatanku. Lantas aku mendail nombor telefon rumahku.

“Assalamualaikum bu…Anna balik lewat sikit ni. Keluar dengan membe…ala bu janganlah risau. Oklah bu assalamualaikum…tut…tut..talian di matikan. Aku meletak telefon bimbitku kembali ke dalam handbag.

Wajah handsome Riezki Ieman aku pandang tenang walaupun terasa sesak sangat dadaku tatkala ini. Aku dapat mengagak lelaki ini berdarah campuran inggeris. Memiliki kulit cerah kemerahan dengan hidung mancung dan anak mata hijau pasti ramai gadis cair melihatnya. Aku pun tidak terkecuali tapi aku masih mampu menahan getaran didada ini lantas itu aku memberanikan diri menatap mata yang sedikit reduh itu. Ya Allah aku jatuh cinta Pada renungan mata ini. Engkau kuatkanlah diri hambamu ini menghadapi semua ini agar aku tidak terpesong dari agamamu.

“So can we talk now?” soalku.

“Erm…ok. Mesti Anna tak percaya yang Riez dapat cari Anna kan?”

“Untuk apa Riez lakukan semua ini. Anna tak nak sebab Riez terlalu mengikut kata hati akhirnya memakan diri Riez. kan Anna dah jelaskan hari tu. Anna tak nak terlibat dengan semua ini.” Ujarku sedikit tegas.

“but…I’m really love you Anna. Riez rayu pada Anna bagi Riez peluang..Riez janji takkan sesekali mempersia-siakan Anna. Im promise!” bersungguh-sungguh dia merayu aku.

Bukan aku tidak sudi atau sengaja jual mahal tapi status dia sebagai tunang orang  membuat aku tidak ragu-ragu menolaknya dari sisi ku tanpa meberi peluang padanya. Aku juga wanita. Aku tak mahu menyakiti kaumku sendiri.Kerana aku betapa sakitnya jika di khianati insan tersayang. Namun hidup harus di teruskan. Pengalaman menjadikan aku lebih matang dalam membuat keputusan.

“Maafkan Anna…Anna tak mampu nak terima Riez dalam hidup Anna. Semua ini terlalu awal bagi Anna…bagi hubungan kita juga. Anna tak kenalpun siapa Riez jauh sekali keluarga Riez. so please jangan buat Anna macam ni. Jangan kejar Anna lagi.” Jelasku panjang lebar. Dia hanya tersenyum mendengan penjelasanku.

“ Anna jangan nak tipu Riez lah. Takkan sedetikpun Anna tak pernah rasa apa yang Riez rasa sekarang. Anna boleh tipu Riez tapi Anna tak boleh tipu perasaan Anna sendiri.” Duganya lagi sedikit sebanyak  menggugat pendirianku ketika ini. Dan aku hanya mampu berdoa semoga diberi kekuatan menghadapi semua ini.

“Anna rayu sangat pada Riez jangan paksa Anna kalau Riez betul-betul ikhlas mahu jadi kawan Anna. Lupakan semua ini. Anna akan anggap semua ini tak pernah berlaku.”

“Semudah itu Nur Hanna awak menganggap perasaan saya pada awak…semudah mimpi awak.” Jawab Riez k. Merah padam Wajahnyanya menahan perasaan tidak puas hatinya terhadap kenyataanku sebentar tadi.

“Riez takkan berputus asa! Riez akan pastikan Anna jadi milik Riez!” tegasnya lagi.

“kalau macam tu kita stop je kat sini. Mulai sekarang. Riez bukan kawan Anna lagi. Jangan ganggu Anna lagi.” Seraya jawabku lalu bangun meninggalkan dia terkontang kanting sendirian.

“Anna wait!!!”

Aku mempercepatkan langkahku walaupun aku sendiri tidak pasti arah mana harusku tuju. Sejauh mana sahaja kudratku. Dengan memakai heel tinggi. Tak jauh manapun aku dapat pergi. Riezki dapat menyambar tanganku akhirnya.

“Please Riez…..Anna nak balik rumah.”ujarku dalam sebak.

“Riez hantar Anna balik ok sayang.”pujuknya menarik aku menuju ke keretanya.

Sepanjang perjalanan pulang aku lebih banyak melayan perasaanku. Sesekali aku terperasan Riezki memandangku. Sesampai di rumah aku terus meluru keluar dari keretanya tanpa memandang wajahnya apatah lagi mengucapkan terima kasih.



Isnin, 11 Mac 2013

Novel: Izinkan Ku Ubati Rawan Dihatimu Bab 4



“ Bu…Anna tak sempat nak sarapan dekat rumah ni. Anna kena sampai ofis awal ada meeting pagi ni.” Ujarku tergesa-gesa lalu mencapai tangan ibu dan menyalaminya. Inilah rutinku setiap hari. Tidak lengkap hariku sekiranya tidak menyalami ibu.

“Jangan lupa sarapan pula. Anna tu gastrik!” pesan ibu sambil melambai-lambai tangannya padaku apabila keretaku berundur keluar.

Jam di tangan mununjuk ke angka 8 bila aku sampai di pejabat. Nasib baik sampai awal bolehlah aku sarapan sekejap. Lantas aku mengatur ke pantry untuk membuat air.

“Hai awal cik Anna kita sampai!” tegur seseorang dari arah belakang. aku dapat mengagak siapa.

“Kan ada meeting kejap lagi. Awak  nak air tak Anna buatkan.” Ujarku lagi.

“Erm..boleh juga.”

Kami bersarapan besama di pantry. Suasana di pejabat mulai bisng sedikit apabila sudah ramai rakan sepejabatku telah sampai.

“Anna..aku tengok kau asyik termenung je sejak akhir-akhir ini. Kau ada masalahke?” tegur Zila sambil memandang tepat ke mataku.

“Tak adalah…Cuma aku…” ujurku sedikit teragak-agak untuk memberitahunya tentang kata-kata Riezki yang berbaur ugutan tempoh hari.

“Anna jangan nak tipu saya. Saya tahu Anna bukan pandai menipu pun.”

“Nantilah Anna ceritakan.”balasku sebelum berlalu ke tempat duduk ku.

*****

“Apa Anna? Dia cakap macam itu?” soal Zila selepas mendengar cerita aku sebentar tadi. Wajahnya mempamerkan ketidakpuasan hatinya.

“Berani dia ugut kawan baik saya. Memang nak ena mamat tu nasib baik dia tak ada depan mata.” Sambung Zila.
“Dahlah awak..Anna percaya dia takkan dapat cari Anna.” Balasku memujuk Zila yang tengah geram mendengar pengakuanku.

Entah tiba-tiba aku dapat merasakan ada mata sedang memerhatikan gelagat kami ketika itu. Tapi aku tidak pasti. Aku takut andai Riezki benar-benar mengotakan kata-katanya seminggu yang lalu. Lagipun kami tidak lagi berbalas mesej selepas hari itu. Aku pernah juga pernah menunggu kehadirannya namun hampa. dia lebih memilih untuk mendiamkan diri sehingga sekarang.

“jom…dah nak pukul dua dah ni.”
“kenapa Anna…saya tengok awak macam ada yang tidak kena saja,” tegur Zila apabila menyedari gelagatku yang tidak selesa ketika itu.

“Entahlah…saya rasa seperti ada orang memerhatikan kita lah dari tadi lagi.”

Zila yang agak terkejut dengan jawapanku menarik tanganku meninggalkan Restoran Ukhwah. Mata ku meliar mencari kalau-kalau benar ada yang sedang memerhatikan kami. Tapi pencarianku gagal kerana tidak nampakpun orang itu. Lantas kami mempercepatkan langkah memasuki bangunan tinggi yang tesergam gah nama Megah Holding.

****
Alangkah terkejutnya aku apabila sampai ke meja tempat duduk ku ada sejambak bunga ros merah di sertakan sekeping kad berbentuk hati.

“Untukmu sayangku…Nur Hanna. Finally Riez dah jumpa Anna!” terasa kecut hatiku tiba-tiba selepas membaca kad itu.

Hampir terduduk aku dibuatnya. Patutlah terasa seperti ada orang memerhatikan aku sewaktu makan tengah hari tadi. Peluh ketakutan mulai membasahi walaupun ketika ini aku berada dalam pejabat yang berhawa dingin namun kedinginannya tidak mampu menyejukkan badanku. Aku pandang ke kiri dan kanan mana tahu tiba-tiba dia muncul di sini pula. Sedikit lega apabila mataku tidak menemui orang asing di ruangan pejabatku ketika itu.

“Zila…nanti kita balik sama-sam eh.”

“Ok…: jawab Zila tanpa banyak bersoal jawab denganku.

Aku tidak dapat menumpukan perhatian dalam kerjaku ketika ini. Firiranku melayang jauh entah ke mana. Sedar-sedar jam sudah menunjukkan ke angka 5.10 petang. Ruangan pejabat mulai lengang.

“Awak dah siap lum Anna. Kalau dah jom.” Ajak Zila apabila melintasi mejaku.

“wah..orang tu dapat bunga.” Tegur Zila apabila menyedari aku sedang membawa sejambak bunga.

“siapa bagi? Zul eh?”duga Zila lagi apabila tidak mendapat respon dari aku.Aku hanya diam membisu. Tidak tahu bagaimana hendak ku memberitahu dia yang Riezki sudah menjumpai aku. Zul adalah kawan rapat aku sejak menuntut di universiti empat tahun lalu. Ke mana aku pergi pasti dia ada. Sampai rakan sekuliah kami menggelarkan kami pasangan sejoli masa itu walaupun hakikatnya kami hanya kawan biasa.

Sampai sahaja di tempat parking kami membawa haluan masing-masing kerana kami parking di tempat yang berbeza. Aku mempercepatkan langkahku apabila terasa ada seseorang masih memerhatikan aku.

Tiba-tiba seseorang datang dan menutup pintu kereka yang telah ku buka dari arah belakang. Jantungku terasa seperti mahu gugur dengan situasi sekarang. Lidahku kelu. Aku cuba menjerit tepi terasa kerongkongku terlelan batu sehingga tidak mampu berkata apa-apa. Aku hanya mampu memandang dan mengikuti langkah lelaki itu apabila lelaki itu menarik tanganku menuju ke keretanya.

“We need to talk!” tegas jejaka yang tidak aku kenali itu. Jantungku berdegup tidak keruan. Apa yang dia mahukan dari aku. siapa dia. Hatiku mula bermonolog sendirian. “Ya Allah kau lindungilah aku dari musibah dan bahaya yang datang ini.” Bisik hat kecilku.

“Anna jangan takut. Riez takkan apa-apakan Anna sayang.” Jelas jejaka itu lagi apabila menyedari aku sedang menatap wajahnya dengan seribu satu persoalan yang dia sendiripun tidak tahu. Kereta porsche cayenne hitam miliknya laju membelah jalan menuju ke destinasi yang aku sendiri tidak pasti ke mana aku akan di bawa.

Ahad, 10 Mac 2013

Novel: Izinkan Ku Ubati Rawan Dihatimu Bab 3



 “Lambat balik Anna?” tegur abah apabila aku melintas ruang tamu.

“Jalan jem lah abah..lagipun Anna keluar lambat tadi siapkan dokumen penting esok ada meeting.” Balasku sambil membuka tudung di kepala.

“Anna masuk mandi dulu lah abah. Penatlah.” Ujarku lagi beserta rungutan. Sambil melangkah meninggalkan abah menonton berita di  TV3.

“Dengar suara Anna tadi?” soal ibu sambil membawa kopi o panas kesukaan abah.

“Dah masuk bilik…penat katanya.” Balas abah beserta anggkkan ibu tanda mengerti.

Selesai mandi dan solat aku membaringkan badan di atas tilam. Sambil memandang kosong kearah syiling putih. Firikan ku menerawang memikirkan rajuk Riezki dua hari lalu. Lantas aku mencapai lektop dan menghidupkannya.

Selepas beberapa minit aku log masuk fb aku Riezki menegurku setelah sekian lama dia menyepikan diri merajuk apabila aku menolak ajakan dia tempoh hari..

“Hai sayang…”

“Erm…apa ni Riez sayang-sayang!” balasku tidak senang dengan panggilan yang dia gunakan untuk memanggil diriku.

“Yeala kite je yang sayang kat dia….tapi dia…” balas Riezki

“Sayang..apa khabar denganmu di sini ku merindukan kamu..” usik dia lagi bila aku meluahkan ketidak puasan hatiku sebentar tadi.

“Riez  janganlah main-main….Anna stop kat sinikan!” ugutku.

“Mana ada Riez main-mainkan Anna. Anna tu jual mahal. Riez ajak jumpa pun tak nak!” jawab Riezki mengingatkanku tentang perbualan kami yang akhirnya membawa kepada rajuknya.

“Riez! please you should know why” balasku membantah jawapan jejaka itu sebentar tadi. “Ya…Riezki awak patut lebih mengetahui kenapa Anna menolak ajakan awak.” Bisik hati kecilku.

“ Apa maksud Anna? Riez tak paham. Please let me know!” rayunya.

“Riez kan tunang orang…tak manis kita keluar bersama. Macam mana kalau kita terserempak dengan tunang Riez.”

Lama aku menunggu balasan darinya.

“ Jangan bagi alasan Nur Hanna! Lagipun Riez dah cakap Riez tak pernah cintakan dia. Kami bertunangpun bukan atas kerelaan Riez. Mummy yang tentukan. Riez hanya cintakan Anna. Percayalah walaupun Riez tak pernah jumpa Anna tapi Riez dapat rasakan Anna lah wanita yang Riez cari-cari selama ini. Jangan sampai Riez cari Anna. I and if I found you..Riez takkan sesekali lepaskan Anna. Riez akan pastikan Anna jadi milik Riez. Hanya maut yang akan memisahkan kita. Ingat Anna…Riez akan dapatkan apa yang Riez inginkan.”

Kata-katanya sedikit sebanyak menakutkan aku walaupun aku sedar yang dia tidak mungkin akan menemui aku. Takkan aku seorang yang bernama Nur Hanna dekat Malaysia ni. Lantas tanganku menarik tetikus dan klik out.

Aku pun tidak sedar pukul berapa aku terlelap. Sedar-sedar sudah azan subuh. Lantas aku bangun dan mandi. Selepas itu mengadap pada Pencipta sekalian makhluk di bumi ini…Allahuakhbar…maha suci Allah. Hanya pada dialah tempat aku mengadu dan meminta pertolongan. Agar diri ini dan orang yang aku sayangi di lindungi.



Novel: Izinkan Ku Ubati Rawan Dihatimu Bab 2




Sedar tidak sedar sudah sebulan aku mengenali Riezki Ieman. Hampir setiap hari juga kami berbalas mesej di f b. Walaupun hanya untuk menyapa “hai”.  Walaupun kami tidak pernah bersua muka jauh sekali mengenali keluarganya tetapi aku merasakan seperti telah lama mengenali jejaka itu. Cara dia mengambil berat tentang diriku seolah-olah dia berada dekat dengan aku.

“Hai Anna…dah lama ke online? Tunggu mesej Riez eh? ; ) ” soalnya menduga.

“ Tak adalah….” Balasku menyembunyikan hakikat yang sebenar yang aku sedang menunggu mesej dari dirinya setelah hampir seminggu kami tidak berbalas mesej.

“Yeake….jadi Anna tak rindukan Riez la eh…tak apalah nampaknya Riez jea yang rindukan Anna.” Rajuknya di sana dengan pengakuanku sebentar tadi.

“Anna…boleh tak Riez nak jumpa Anna.”

“Erm…bukan Anna tak sudi tapi…..” balasku teragak-agak untuk bersetuju dengan permintaannya. Aku takut semuanya akan hancur andai kami bersua nanti. Lagipun status dia sebagai tunangan orang membuatkan aku lebih berhati-hati dalam perhubungan ini. Takut bila memikirkan andainya aku jatuh cinta kepada jejaka itu. Bagiku cukuplah kami mengenali di sini tidak perlu bersua.

“Anna tak sudi eh…erm tak apalah orang tak sudi berjumpa kita. Riez tahu lah Riez ni tak sekacak hero Malaya…” balasnya. Aku dapat mengesan ada nada rajuk di dalam ayatnya.

“Tak apalah Anna…Riez ada kerja cikit ni. Assalamualaikum…”

Tanpa menunggu jawapan aku Riezki terus mematikan warna hijau dif bnya yang menandakan dia telah mendaftar keluar.

Aku hanya tersenyum dengan gelagat Riezki yang suka merajuk sejak akhir-akhir ini. Aku sendiri tidak faham dengan perangai dia. Adakalanya romantik sangat dengan ayat bunga-bunga dia. Sampai aku sudah tidak terlayan dengan mesej-mesejnya. Dan sekarang dia merajuk. Seoalah-olahnya aku ni seperti kekasih hatinya.

Tok..tok… ketukkan Zila pada mejaku mengejutkan aku dari lamunan sebentar tadi. Lantas tanganku mencapai tetikus dan menekan butang power off  komputer di depanku.

“Oi…cik kak cakap nak lunch sama-sama tadi. Ni dok termenung kat sini lagi. Tengok jam dah pukul berapa?” soal Zila sambil menunjukkan jam di tangannya.

“Maaflah yang….jom. kang lambat pula kita sampai.” Balasku sambil menarik handbag yang aku  letakkan di sisi kerusiku. Sambil berlari-lari anak mengikuti Zila menuju ke lif.

“Kita nak makan kat mana ni? Soalku.

“Tempat biasa nak..Restoren Ukhwah.”balas  Zila sambil menarik tanganku masuk ke dalam lif bila pintu lif terbuka. Seperti hari-hari yang lain tengah hari lif pasti sesak degan orang ramai.

Restoran Ukhwah menjadi pilihan kami sejak dua tahun lalu. Cuma kadang- kadang terasa ingin menukar selera dan  tidak terkejar-kejar baru kami pergi makan jauh sikit dari pejabat. Kalau tidak di situlah tempat kami setia hari.Lagipun masakannya kena dengan selera kami. Harganya tak perlu cakaplah cukup berpatutan. Itu sebabnya kedainya sentiasa penuh dengan pelanggan setia seperti kami.

Kami memilih duduk  di meja yang mengadap jalan. Bolehlah cuci mata sambil makan. Bab kata pepatah “ sambil menyelam minum air” memang kena dengan situasi kami sekarang. Aku seperti biasa mengambil nasi putih berlaukan ikan keli letak sedikit kuah masak lemak. Zila pula nasi beriani ayam. Memang berselera betul kami makan tengah hari itu sampai nak bangkit pun tak larat.

*****

Jam ditangan menunjukkan pukul 6 petang. Cepatnya masa berlalu rungutku sendirian tidak sedar bosku Encik Lokman sudah agak lama berdiri di sisiku.

“Ehem… ai tak balik lagi cik Anna? Kerja lebih masa ke?” soal Encik Lokman mengejutkan aku. Lantas berpaling memandangnya.

Encik Lokman merupakan anak Tuan haji Salleh pengasas Megah Holdings. Selepas Tuan Salleh mengundur diri tiga tahun dahulu Encik Lokman lah yang mengambil alih jawatan pebagai CEO di Megah Holdings. Encik Lokman mempunyai dua orang anak perempuan kalau tidak salah aku seorang berumur Sembilan tahun dan seorang lagi berumur enam tahun. Isterinya Puan Suraya memang baik. Selalu datang ke pejabat ada sahaja buah tangan untuk kami pekerjanya. Kami cukup bertuah bekerja di sini.

“Tak adalah bos…nak bereskan kerja tadi sikit sekarang dah nak balik dah. Eh bos tak balik lagi ke? Anna dah nak balik ni.” Jawabku sambil menjinjit beg tanganku. Seterusnya menolak kerusi rapat kemeja.

“Saya baru habis meeting dengan Dato’ Mansor. Tertinggal barang kat bilik terus datang balik ni. Saya terpandang Anna masih ada di meja tu saya tegur Anna.”

“O..baiklah bos Anna gerak dulu eh. Jumpa lagi esok.” Ujarku terus berlalu meninggalkan Encik Lokman. Takut pula aku bila fikirkan hanya kami berdua saja di situ. Memanglah dia baik tapi kalau berdua adalah yang ketiga. Mintak jauh.

Suasana di ruangan parking tingkat bawah bangunan tempat kerja ku sudah beransur sunyi. Aku mempercepatkan langkah menuju ke kereta sambil tangan menekan alarm kereta. Tanpa berlengah aku membuka pintu kereka dan sepantas itu juga aku masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta dan berlalu dari situ.